20 produk milik Robert Kuok yang digunakan setiap hari yang ramai tak tahu

Sesuai dengan gelaran beliau sebagai Raja Gula, pastinya ramai yang mengetahui billionaire Robert Kuok berjaya mengumpulkan kekayaan melalui perniagaan gula beliau.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah untuk bergelar sebagai manusia paling kaya di Malaysia, Robert Kuok tidak hanya bergantung kepada perniagaan gulanya semata-mata sebaliknya beliau telah membina sebuah empayar perniagaan dengan melabur di dalam pelbagai jenis sektor perniagaan.

Selain bergelar The Richest Man in Malaysia, Robert Kuok turut dinobatkan sebagai manusia yang keenam terkaya di dalam Asia Tenggara dengan nilai aset sebanyak RM61.28 billion (Forbes).

Selain daripada dikenali ramai kerana kekayaan miliknya itu, Robert Kuok turut terkenal sebagai seorang media shy kerana sifat pemalunya untuk berhadapan dengan pihak media.

Pemilik Kuok Group ini sebenarnya memiliki cabang perniagaan yang lain di serata dunia, antaranya adalah PPB Group Berhad, Federal Flour Mills (FFM) Berhad, Kerry Properties, Chemquest, Shangri-La Hotels and Resorts dan Wilmar International.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenis barangan yang kita gunakan setiap hari tanpa mengetahui ianya merupakan milik manusia paling kaya di Malaysia itu. Antaranya adalah:

Hotel pertama Shangri-La ini telah dibina pada tahun 1971 di Singapura dan ianya merupakan langkah pertama Robert Kuok ketika berkecimpung di dalam dunia perniagaan hartanah dan hotel.

1. Shangri-La Hotels and Resorts

 

 

2. Tepung Cap Sauh

Jenama Cap Sauh ini merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat FFM Berhad milik Robert Kuok.

3. Tepung Blue Key

Juga merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh FFM Berhad.

4. Roti Massimo

Jenama roti yang merupakan pesaing utama kepada jenama Gardenia.

5. Makanan beku dan tin Marina. 

6. Minyak masak, telur dan makanan beku jenama Seri Murni.

 

7. Minyak masak jenama Neptune.

8. Minyak masak jenama Kyrstal.

9. Shamu nata de coco.

 

10. Rangkaian panggung wayang, Golden Screen Cinemas.

11. Susu soya V-Soy.

12. Berus gigi Jordan.

13. Susu formula kanak-kanak dan lepa mentenga Snow Brand.

 

14. Star Brand.

15. Produk pembersihan rumah, Goodmaid.

16. Racun serangga, Blacktop.

17. Peluntur Cocorex.

18. Minyak dan krim kelapa jenama S&P.

19. Makanan beku, Kart’s.

20. Minuman herba Orang Kampung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Be

Sumber : SAYS  VIA BERITA STEADY

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "20 produk milik Robert Kuok yang digunakan setiap hari yang ramai tak tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*