Kereta Exco KLFA Tersadai Tepi MRR2, Nasib Baik Ada Abang Foodpanda Bagi Servis 5 Bintang

KERETA ros4k di tengah jalan sememangnya dug4an yang tidak disangka-sangka, tentu sekali kesabaran diuji sekiranya ia berlaku di lebuh raya yang sibuk.

Begitulah yang dialami oleh dua rakan niaga apabila kereta yang dinaiki mengalami keros4kan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) di Kuala Lumpur pada waktu puncak.

“Mohon maaf kepada sesiapa atau kenderaan yang melalui MRR2 Taman Melati menghala ke arah Taman Melawati… mungkin mengalami sedikit keses4kan perjalanan akibat kenderaan kawan saya dan terpaksa berhenti di tepi jalan antara pukul 4.50 petang Rabu 31 Julai,” kata salah seorang rakan menerusi perkongsian di laman sosialnya.

Pengguna Facebook berkenaan, Zafnihadi Zakaria turut mendedahkan mengenai seorang penghantar makanan Foodpanda yang sanggup berulang-alik menggunakan motosikalnya untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Kereta yang mengalami kerosakan tersadai di tepi MRR2.

Ahli perniagaan berusia 42 tahun itu berkata, ketika kejadian dia dan rakan niaganya dalam perjalanan dari menghadiri mesyuarat di Ampang, kemudian menguruskan beberapa perkara lain dan perlu menghadiri satu lagi mesyuarat lain di Shah Alam pada sebelah malamnya.

“Ditakdirkan kereta kehabisan minyak, jadi kami berulang alik ke stesen minyak berdekatan untuk mengisi petrol dalam botol, dengan bantuan seorang call man dan seorang pemandu teksi, tapi enjin kereta masih tak dapat dihidupkan.

“Saya ada mencadangkan kepada rakan supaya menggunakan khidmat towing (tunda kereta), tetapi dia lebih selesa menggunakan cara lain terlebih dahulu, dengan mengisi minyak beberapa kali,” katanya

Akibat kehabisan minyak juga, Zafnihadi berkata, kereta tersebut mengalami keros4kan sehingga memberi kesan kepada starter dan bateri kenderaan.

“Kami kemudian mengambil keputusan untuk menahan pengguna kenderaan yang melalui lebuh raya itu bagi mendapatkan bantuan seterusnya. Kami nampak seorang rider (penunggang mosikal) Foodpanda dan menahannya untuk mendapatkan bantuan. Saya fikir kalau dia boleh menghantar makanan, mungkin dia boleh bantu kami untuk menghantar pomen (mekanik),” katanya.

Kereta tersadai di tepi lebuh raya dari petang hingga malam untuk dibaiki.

Syukur, penghantar makanan yang lebih dikenali sebagai Aiman itu memberhentikan motosikalnya dan sudi menghulukan bantuan ketika waktu menunjukkan kira-kira pukul 6 petang.

Menurut Zafnihadi, Aiman hendak memulakan tugas penghantaran pada waktu malam dan bantuannya diteruskan dengan membeli petrol.

“Tidak kurang empat kali Aiman berulang-alik membantu kami mengisi petrol, meninjau bateri kereta dan akhirnya memanggil pomen. Dari pukul 6 petang sehingga selepas pukul 7 malam, Aiman masih mahu membantu dan menunggu sehingga selesai. Tapi kami minta dia beredar dahulu memandangkan sudah ada pomen untuk membaiki kereta,” katanya

Kami nampak seorang rider (penunggang mosikal) Foodpanda dan menahannya untuk mendapatkan bantuan. Saya fikir kalau dia boleh menghantar makanan, mungkin dia boleh bantu kami untuk menghantar pomen (mekanik) – ZAFNIHADI

Ramai yang prihatin dan sudi membantu, tetapi yang paling memberi kesan kepadanya dan rakan niaga, Syed Yazid Syed Omar adalah penghantar makanan itu.

“Bagi kami, Foodpanda bukan saja hantar makanan tapi boleh juga hantar petrol, bateri dan pomen. Walaupun bukan hantar makanan, tapi macam Aiman, dia ikhlas nak membantu kami,” ujar Zafnihadi.

Zafnihadi (kiri) dan Syed Yazid (tengah) bersama Aiman.

Sementara itu, Syed Yazid, 41, yang juga Exco Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) itu memberitahu bahawa keretanya siap dibaiki pada kira-kira pukul 9 malam.

“Buka semua yang lalu di lebuh raya berkesempatan untuk tolong sebab mungkin ada urusan masing-masing, tapi urusan kami dipermudahkan dengan bantuan beberapa individu termasuk Aiman.

“Saya tak sangka dia nak berhenti, sebab saya senyum je masa dia nampak saya dari jauh. Kepada Aiman, saya amat menghargai bantuan kamu, terima kasih. 

“Kalau ada aplikasi untuk kasi rating di atas bantuan Aiman, saya kasi paling maksimum… lima bintang!,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 Sumber: mStar

Apa komen anda?