Awesome! Ayda Jebat Menyanyi Di Awan Biru Di Latitude Paling Tinggi Iaitu 38,000 Atas Paras Laut

Penyanyi terkenal, Ayda Jebat melakar sejarah tersendiri apabila selesai membuat persembahan mini pertamanya menerusi dalam pesawat AK5106 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

Sekali gus, persembahan dari penyanyi Temberang ini diiktiraf sebagai Persembahan Muzik Secara Langsung Di Latitude Paling Tinggi (38,000 kaki di atas paras laut) oleh Malaysia Book Of Records sebentar tadi.

Menyifatkan misinya untuk menyanyi di awam biru sudah bagai impian yang sudah berjaya direalisasi, Ayda turut rasa gembira dan berbangga atas pencapaiannya itu.

“Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Maklumlah, menyanyi di dalam pesawat yang sedang terbang di awan biru merupakan suatu situasi yang berbeza.

“Selain itu, saya terharu kerana penumpang pesawat turut sudi menyanyi bersama walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa. Lagi bersemangat untuk menghiburkan penumpang,” kata Ayda yang menyampaikan tiga buah lagu iaitu Pencuri Hati, Xin Tai Ruan dan Temberang.

Pada masa sama, lakaran sukses itu turut dikongsi oleh Shadow Puppet Theatre yang turut sama terlibat dalam persembahan tersebut dan ia turut disaksikan Pengerusi Pelancongan Malaysia, Datuk Ahmad Shah Tambakau.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book Of Records, Datuk Michael Tio.

Persembahan tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Minggu Muzik Malaysia 2019 (MM2019) yang dianjurkan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan.

Ayda sebelum ini turut menzahirkan perasaan terujanya apabila diberi kepercayaan untuk membuat persembahan di dalam sebuah pesawat yang sedang melakukan penerbangan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Media Hiburan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Awesome! Ayda Jebat Menyanyi Di Awan Biru Di Latitude Paling Tinggi Iaitu 38,000 Atas Paras Laut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*