“Saya Tahu Ramai Yang Kec4m Tapi…” – Syafie Naswip Buka Mulut Perjelas Situasi Sebenar

Pelakon Syafie Naswip memohon agar orang ramai tidak membuat penilaian terlebih dahulu sebelum menonton telefilem kntr0versi, Demi Tuhan Aku Bersaksi.

Syafie membuat kenyataan itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Syafie, watak Hamid yang digalasnya benar-benar mencabar kewibawaan dirinya sebagai pelakon.

“Sebenarnya watak ini sangat mencabar kewibawaan saya sebagai seorang pelakon, but I’m glad dengan support daripada semua aktor/tenaga kerja especially my director Kak Eyra Rahman.

“I’m not sure samada saya benar-benar menepati kehendak watak itu atau tidak, tapi saya cuba menempatkan dan meletakkan emos1 dan rasa itu di titik tengah.

“Saya tahu ramai yang m4rah akan kehendak cerita seperti ini ditayangkan di TV, tetapi berilah ruang pada HAMID untuk meluahkan apa yang dia rasa sejak dulu.

“Setiap insan ingin kembali ke fasa lebih baik #demituhanakubersaksi dan ini cerita HAMID, dengarkan dan fahamilah. Coming Soon (Date Belum Tahu) di RTM,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga turut memberikan semangat dan sokongan kepada Syafie.

“Awak tu bagi watak apa pun menjadi!” komen @missnadiaaqilah

“@syafienaswip please tolong bukak kelas lakonan!!! Saya nak serap segala ilmu lakonan kau Ayie #goodjobro,” coret @akhmalnazri

“Goosebumps tengok this! Such powerful acting!” tulis @anis_nabilah

Terdahulu, watak Hamid dalam telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi lakonan Syafie Naswip telah menc3tuskan kontr0versi selepas menjadi tul4r di media sosial.

Drama berkenaan did4kwa membrvkkan imej sekolah tahfiz serta mempromosikan budaya hmo­s3ksual.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Repost @fezrulkhan ・・・ BACA DAN PAHAMKAN !!!🤗😘 Susulan pertikaian orang ramai mengenai drama “Demi Tuhan Aku Bersaksi” yang bakal disiarkan di saluran TV1 @rtm_malaysia seolah-olah menyindir sekolah tahfiz, RTM tampil memberikan penjelasan dan mempertahankan drama berkenaan. Menurut Pegawai Perhubungan Media RTM Nurhaninah Ayub, isi kandungan drama tersebut tiada niat memaparkan sisi negatif pusat tahfiz, sebaliknya sarat mesej berguna yang boleh dijadikan pengajaran oleh masyarakat. “Drama ini sarat dengan mesej yang bagus dan memberitahu kepada masyarakat isu realiti memang berlaku dalam masyarakat kita. “Sebenarnya ia terpulang kepada individu yang akan menonton drama ini. Kalau mereka memandang mesej yang disampaikan secara positif, maka ia menjadi pengajaran. “Andai kata sebaliknya berlaku, rugilah mereka kerana mesej yang berguna dianggap negatif,” katanya lapor Utusan Online. Drama tersebut mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama. Dalam drama tersebut watak maknyah yang dilakonkan oleh Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun, ketika di pusat tahfiz, dia dihina dan dikeji sebagai pengikut Kaum Luth. Selain mendapat mendapat kecaman daripada warganet, drama ini turut dikritik pemimpin PAS Riduan Mohd Nor yang menyifatkan drama tersebut sebagai drama sampah yang didakwanya seperti mengangkat isu “persemburitan yang berlaku di institusi tahfiz”. Jelas Nurhaniah lagi, situasi yang ditonjolkan dalam tersebut hanyalah sekadar jalan cerita dan percaya pusat tahzif dipilih sebagai lokasi disebabkan penerbit inginkan kelainan yang boleh menarik masyarakat menonton drama itu. “Mungkin kalau ditonjolkan isu hubungan songsang berlaku di pejabat atau lokasi lain, ia kurang memberi kesan mendalam kepada masyarakat. “Lagi pun, sebelum penggambaran dijalankan, RTM sendiri sudah membuat penilaian terlebih dahulu sama ada naskhah drama yang bakal disiarkan sesuai atau tidak. “Ini juga membuktikan kami menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat untuk membawa mesej yang positif melalui siaran drama,” katanya. #DemiTuhanAkuBersaksi

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Apa komen anda?