Sebenarnya Dah Banyak Seniman Bantu Puteri BaIqis Dan Ibunya, Cuma lbunya Yang Minta Jangan Hebahkan

” Mengambil kira soal kebajikan dan masalah yang dihadapi Puteri Balqis, Seniman dan Finas sedang dalam usaha untuk mendapatkan rumah PPR buat keluarga Puteri Balqis supaya urusan sewa beli rumah terbabit tidak membebankan mereka.

Demikian kata-kata Zed Zaidi yang menjelaskan pihaknya sedang dalam perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu keluarga Puteri Balqis melalui projek Perumahan Seni Harapan.

Zed Zaidi yang juga presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedang dalam proses untuk mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) buat pelakon Puteri Balqis, 13, akibat kepayahan hidup dilalui.

” Saya difahamkan sebelum ini dia dan ibunya tinggal di Klang dengan kadar sewa RM1,000 yang dianggap mahal dan kemudian mereka berpindah ke Setia Alam dengan kadar sewa RM400.

” Sementara itu sewa beli rumah PPR hanyalah sekitar RM250 sebulan. Saya kira ia tidak terlalu membebankan keluarga itu jika pihak kami berjaya mendapatkannya.

” Bagaimanapun, proses untuk mendapatkan rumah terbabit perlu mengambil masa kerana dokumen lengkap perlu disediakan. Malah Seniman juga kini menerima lebih 50 permohonan daripada penggiat seni yang memohon Perumahan Seni Harapan bagi mendapatkan rumah PPR ini,” katanya.

Menurut Zed, pihaknya turut menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Seniman tak pernah menghulurkan bantuan atau ‘lepas tangan’ terhadap masalah yang dihadapi Puteri Balqis, sebaliknya ibunya yang memohon supaya bantuan yang dihulurkan tidak dikongsikan kepada umum sebelum ini.

” Seniman pernah beberapa kali membantu Puteri Balqis selepas mendapat tahu kepayahan hidupnya. Kisah dia dalam program Bersamamu baru-baru ini juga adalah daripada cadangan Seniman.

” Sebenarnya banyak bantuan sudah kami berikan kepada Puteri Balqis dan ibunya, cuma ibunya yang minta kami tidak menghebahkan perkara ini,” katanya,

Menurut Zed, keluarga Puteri perlu memastikan kebajikan pelakon cilik itu terjaga.

” Bantuan yang kita salurkan bukan datang selalu. Jadi, tidak boleh terlalu bergantung kepada kami semata-mata. Pihak kami pun bergantung dengan sumbangan orang ramai, syarikat korporat dan ahli-ahli Seniman,” katanya.

Sementara itu, Seniman juga bekerjasama dengan Astro melalui program My Buskers bagi membantu anak seni di mana Puteri Balqis turut menjadi artis undangan.

” Melalui program itu, kita undang artis popular untuk membuat persembahan dengan diiringi pemain muzik jalanan. Sumbangan yang diperoleh menerusi jualan cenderahati diserahkan kepada artis terbabit,” katanya sambil menambah Puteri bakal menerima lebih RM3,000 apabila muncul dalam salah satu episod program berkenaan.

Difahamkan, saluran Astro Prima akan menayangkan program itu tidak lama lagi dan wang itu bakal disalurkan tidak lama lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : hmetro via applehijau

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sebenarnya Dah Banyak Seniman Bantu Puteri BaIqis Dan Ibunya, Cuma lbunya Yang Minta Jangan Hebahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*