“Saya tunggu dia masuk meminang” – Ainul Aishah sedia bergelar isteri tahun ini

PELAKON Ainul Aishah meluahkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Khalid Rezuan.

Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 35, berkata, dia tidak mahu menunggu lebih lama memandangkan umurnya kini yang semakin meningkat.

“Kalau bercakap soal jodoh sudah tentu saya nak secepat yang mungkin sebab saya bukan semakin muda… kami pun sudah tiga tahun bersama.

Ainul menyatakan kesediaan untuk bergelar isteri kepada Khalid Redzuan.

“Umur saya pun dah 35 tahun ni kalau boleh taknaklah berkahwin pada umur 36.

“Insyallah kalau ada jodoh dalam tahun ini ke… itupun kalau diizinkan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon filem Suraya ini ada menyatakan kesediaan untuk mendirikan rumah tangga.

Namun katanya, dia terpaksa menunggu jawapan daripada pihak lelaki.

 

Kalau boleh buat apa nak tunggu lagi, saya teringin untuk ada anak dan bina keluarga sendiri.

AINUL AISHAH

PELAKON

“Kalau nak ikutkan saya tunggu dia (Khalid) je untuk masuk meminang. Tapi apapun, nak kena tanya pihak disebelah sanalah.

“Saya perempuan… saya nak cakap lebih-lebih pun susah. Kalau boleh buat apa nak tunggu lagi, saya teringin untuk ada anak dan bina keluarga sendiri.

“Ya, sebelum ini saya ada saja berjumpa dengan mak dan ayah dia. Saya juga sangat rapat dengan adik-beradik dia. Cuma yang betul-betul duduk berbincang untuk berkahwin itu belum lagi,” ujarnya.

Ainul dan Khalid mula menjalinkan hubungan cinta pada April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram miliknya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya tunggu dia masuk meminang” – Ainul Aishah sedia bergelar isteri tahun ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*