PELAKON Sharnaaz Ahmad k3sal dengan tindakan isterinya iaitu Noor Nabila yang memberikan kenyataan berhubung rumah tangga mereka kepada pihak media pada Jumaat lalu.
Menyifatkan ia sebagai suatu penghin4an, Sharnaaz berkata, Nabila tidak sepatutnya membuka pekung di dada dengan berkongsi kisah peribadi melibatkan mereka kecuali jika dia ada melakukan keg4nasan rumah tangga.
“Kalau isteriku (masih lagilah) ingin berbicara mengenai suaminya, itu dah tak betul dan kurang manis… kecuali lelaki berlaku k4sar, cur4ng atau d4yus.
“Tidak akan aku menghin4nya di mana-mana ruang media, sebab apa?
“Satu sebab, Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad,” ujarnya.
Menurut pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu, dia boleh bertindak sama seperti dilakukan isterinya itu namun lebih memilih untuk mendiamkan diri demi anak lelakinya itu.
“Kenapa aku memilih untuk diam dalam isu rumah tangga kerana Jebat, hanya Jebat.
“Kebenaran tidak seperti yang didambakan. Biar Allah dan orang terdekat saja yang tahu. Tak perlu menjadi sorakan orang luar.
“Baik burvk suami atau isteri dia tetap pernah menjadi yang teristimewa, jadi biarkan saja begitu,” katanya lagi.
Khamis lalu, Noor Nabila meluahkan rasa k3cewa di atas keengganan Sharnaaz melepaskannya sehingga dia terpaksa melalui prosiding perc3raian yang merum1tkan.
Malah, usahawan yang juga kakak kepada pengacara Neelofa itu memberitahu, dia sudah tawar kerana tiada usaha yang dilakukan Sharnaaz untuk memulihkan rumah tangga mereka.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.
Foto: IG Sharnaaz Ahmad | Noor Nabila
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar via vanila daily
Be the first to comment on "“Tidak akan aku menghin4nya di mana-mana ruang media..” Sharnaaz Ahmad k3sal isteri keluar kenyataan buka 4ib"