Ramai tak tahu cerita ‘belakang tabir’ kek kolam air Elly Mazlein – “Lampu tak berfungsi, mujur sempat..”

BIARPUN majlis perkahwinan pelakon Elly Mazlein dan pasangan, Mohammad Azlan selesai berlangsung Sabtu lalu, namun sehingga kini kemeriahan majlis tersebut masih menjadi bualan hangat peminat.

Paling mencvri tumpuan tentunya kek sembilan tingkat berwarna biru yang dilengkapi kolam air mini di bahagian tengah.

Menurut Cef Zam daripada Mad About Cake, kek berketinggian enam kaki siap dengan kolam beraliran air itu adalah kejutan untuk pasangan pengantin.

Zam atau nama sebenar Zam Akmal berkata, Elly tidak mengetahui mengenai reka bentuk tersebut sehinggalah pada acara memotong kek berlangsung.

“Sebenarnya pada hari perbincangan dua minggu lalu, Elly hanya bagi tema dan warna pilihan… awalnya kami hanya nak buat ringkas-ringkas sahaja tapi setelah difikirkan kita muncul dengan idea kolam dalam kek tersebut.

Hiasan dalam kek yang mencvri perhatian tetamu yang hadir.

“Kolam itu kita hasilkan sendiri mengikut kesesuaian dengan bantuan lapan orang staf. Sebenarnya proses pembuatan kek tidaklah serumit disangka, namun ia memakan masa memandangkan kita juga ada tempahan pelanggan lain.

“Untuk rekaan istimewa ini, kita sudah mula hasilkan seminggu lebih awal. Bagaimanapun, Elly dan suami baru tahu mengenai rekaan itu pada malam resepsi tersebut, mereka pun terkejut dan suka dengan hasilnya,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut mengenai kek, Zam berkata kolam air itu dihasilkan menggunakan balang kuih yang diubah suai.

“Selain itu saya juga terpaksa belajar daripada YouTube dan Google mengenai kaedah wiring ringkas agar idea untuk meletakkan lampu dan kolam air dapat direalisasikan,” katanya.

 

Saya akui harga kek tersebut boleh mencapai puluhan ribu bergantung pada material, rekaan dan sebagainya!

CEF ZAM

PEREKA KEK

Sementara itu ketika ramai pihak memuji hasil karyanya, Zam berkata terdapat perkara luar jangka yang berlaku hingga membuatkan dia dan kru lain tidak senang duduk.

“Nak dijadikan cerita lampu pada kek itu tidak berfungsi pada saat-saat akhir, walhal isu teknikal sudah diselesaikan sejak awal.

“Mujur hanya beberapa ketika sebelum Elly kembali ke pentas untuk acara memotong kek, suis lampu dah boleh turn on dan ia berfungsi seperti biasa,” katanya.

Ditanya kos menyediakan kek eksklusif itu, Zam berkata dia tidak boleh mendedahkan harga sebenar, namun mengakui mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

“Kita tak boleh nak dedahkan harga kerana ini adalah perbincangan dengan pelanggan tapi… saya akui harga kek tersebut boleh mencapai puluhan ribu bergantung pada material, rekaan dan sebagainya.

“Kebiasaannya untuk pakej premium begini kita jarang guna konsep dan rekaan yang sama pada pelanggan lain… kita akan buatkan rekaan yang berbeza pula,” ujarnya yang menyediakan pelbagai jenis kek bergantung bajet dan permintaan pelanggan.

Majlis perkahwinan Elly dan suami berlangsung meriah dan menarik perhatian netizen.

Pasangan sama cantik sama padan, Elly Mazlein, 40 dan Mohamad Azlan Che Nuh , 30, bernikah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Sebelum ini sepanjang tempoh pertunangan, Elly tidak pernah berkongsi wajah suaminya itu sehingga pada majlis berinai yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Elly dan Azlan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya itu pada 17 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar via applehijau

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai tak tahu cerita ‘belakang tabir’ kek kolam air Elly Mazlein – “Lampu tak berfungsi, mujur sempat..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*