PELAKON Eyra Hazali menafikan khabar angin dirinya kini sedang hamil selepas dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Penjaga Gol JDT Muhammad Haziq Nadzli.
Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, dia mendapat rawatan di sebuah hospital baru-baru ini disebabkan mengalami dehidrasi dan tekanan dar4h tidak stabil.
“Kalau betul saya hamil, Alhamdulillah tapi belum ada rezeki lagi buat masa ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Eyra dan suaminya belum merancang untuk mendapatkan zuriat.
“Saya dimasukkan wad baru-baru ini disebabkan dehidrasi dan tekanan dar4h saya turun, naik… bukannya disebabkan tengah mengandung.
“Tapi saya hanya dimasukkan ke wad untuk satu hari sahaja,” kata Eyra kepada mStar.
Eyra diminta mengulas mengenai foto dia terlantar s4kit di wad yang dimuat naik suaminya baru-baru ini.
Insya-Allah, kalau ada berita gembira saya mengandung sudah pasti saya akan kongsikan kepada semua.
EYRA HAZALI
PELAKON
Tanpa meletakkan sebarang info, rata-rata netizen membuat andaian aktres itu mengalami masalah kesihatan disebabkan sedang berbadan dua.
Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini memberitahu dia akan berkongsi kepada semua peminat jika dirinya benar-benar hamil.
Eyra berkata, mereka belum mempunyai perancangan untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat.
Pasangan ini berkahwin pada 1 November lalu.
“Insya-Allah, kalau ada berita gembira saya mengandung sudah pasti saya akan kongsikan kepada semua. Doakan yang baik-baik ya.
“Buat masa sekarang, saya dah suami tak ada sebarang perancangan lagi dalam soal anak. Kami memang berserah pada Allah,” ujarnya.
Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "Kec0h Eyra Hazali Mengandung! Akhirnya Eyra Hazali Buka Mulut Dedah Apa Yang Berlaku.."