Berangkat Ke Tanah Suci Untuk Tunaikan Umrah. Tak Sangka Ini Kiriman Doa Kekasih Hati Janna Nick Buat Warganet Terkejut.

Pemilik nama penuh Nurul Jannah binti Munir. Lahir pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Berumur 24 tahun (2019). Anak kedua daripada empat adik-beradik. Abangnya, Mohamad Firdaus, manakala dua adik perempuannya ialah Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea.

Sepupunya, Adam Lee juga merupakan pelakon. kacukan Cina, Pakistan dan Thai. Sewaktu kecil, beliau pernah tinggal di Amsterdam, Belanda selama tiga tahun. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur. Memulakan karier seni di usia sekitar 5 hingga 7 tahun sebagai model iklan komersial dan video korporat.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota. Sewaktu zaman persekolahannya, beliau aktif dalam pasukan sorak serta gemar memasuki pertandingan nyanyian.

Pelakon Janna Nick selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah semalam. Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 25, memaklumkan bahawa dia pergi menunaikan umrah bersama ahli keluarganya.

“Dikesempatan ini saya memohon seribu kemaafan daripada semua yang mengenali saya. “Halalkan segala makan minum dan hutang piutang sekiranya ada (termasuk la hutang bank, kad kredit, pinjaman ASB dan sebagainya).

“Doakan perjalanan saya dan keluarga dipermudahkan,” tulisnya. Janna berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, difahamkan teman lelakinya yang juga pelakon Dini Azan Schatzmann turut menemani Janna ke lapangan terbang semalam.

Menerusi satu entri di Instagram, Dini turut mendoakan agar perjalanan Janna ke Makkah semuanya selamat dan dipermudahkan. “Safe flight @jannanick. Jangan lupa doa kita dua pula sampai sana ok?,” tulis Dini yang turut memuat naik gambar dirinya bersama Janna.

Status itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan warganet. Rata-rata tidak sabar untuk melihat kedua-duanya disatukan sebagai pasangan suami isteri. “Janganlah couple lama sangat, cepat-capat nikah ya, semoga urusan Dini dan Janna dipermudahkan,” tulis pengikutnya.

Sebelum ini Janna pernah mengaku bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacukan itu. Hubungan mereka dikatakan mula serius sejak Jun tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: gempak

Janna Nick sedang hangat bercinta

PELAKON popular, Janna Nick mengakui sedang bercinta dengan pelakon baru kacukan, Dini Azan Schatzmann. Janna ketika dihubungi berkata, hubungannya dengan aktor terbabit mula serius sejak Jun lalu. “Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.

“Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni. “Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” katanya.

Menurut Janna, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya. “Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain. “Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” katanya.

Hati sedang berbunga

HUBUNGAN cinta pelakon dan pengacara popular Janna Nick dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann kini dalam fasa bahagia. Kedua-duanya dilihat sering memuat naik gambar di media sosial selain dilihat meluangkan waktu bersama.

Bagaimanapun, menurut Janna, hala tuju hubungan mereka belum ada perkhabaran yang boleh dikongsikan melainkan mereka seronok menjalani kehidupan sebagai pasangan kekasih ketika ini. “Hubungan kami sama seperti pasangan yang sedang bercinta.

Belum ada cerita menarik yang boleh dikongsikan. Namun, sebagai pasangan yang bercinta sudah tentu masing-masing mengharapkan hubungan yang dibina ke arah lebih serius. “Saya dan Dini ada merancang untuk membawa hubungan ini ke alam perkahwinan, tapi belum ada sebarang perbincangan yang lebih serius.

“Beri kami masa untuk nikmati dan kenal hati budi masing-masing lebih mendalam supaya hubungan kami jadi lebih mudah nanti,” katanya. Siapa sangka, sejak menjalin hubungan secara serius mulai Jun tahun lalu, Janna mengakui mereka tidak pernah berdepan perselisihan faham atau brbalah besar.

Menurut Janna, kemungkinan kedua-duanya adalah seorang yang sensitif membuatkan masing-masing pandai menjaga hati antara satu sama lain. Kalau boleh kami tak mahu brbalah atau merajuk secara tiba-tiba. Lagipun kami sangat mudah sensitif, jadi kami cuba elakkan untuk buat perkara yang tidak disukai.

“Orang mungkin akan kata di awal percintaan semuanya akan indah dan manis. Memang kami mengharapkan untuk hari yang mendatang hubungan kami masih baik dan bahagia,” katanya. Menurut Janna, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya.

“Dia adalah satu dalam sejuta. Sukar berjumpa lelaki seperti dia dan kami saling memahami antara satu sama lain. Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” katanya.

Cabaran 2020

Memasuki tahun 2020, Janna pastinya mempunyai perancangan dalam merencana kerjaya seninya supaya lebih teratur dan berjaya. Bagi Janna, tahun ini dia akan lebih memilih dalam pemilihan sesuatu tawaran yang datang kerana mahu mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

“Sebagai anak seni, saya nak mencabar diri saya melakukan sesuatu yang baru bagi memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik. “Saya sedar diri bukan elok mana jadi saya perlukan sokongan semua orang terutama pengurusan saya untuk pastikan kerjaya saya mempunyai hala tuju yang baik,” katanya.

Menurut Janna, selain terjun dalam bidang pengacaraan dan teater dia tiada perancangan untuk menerokai sesuatu yang baru sebaliknya dia mempunyai perancangan besar untuk mengembangkan perniagaannya. “Sebagai pelakon dan pengacara saya rasa perlu belajar lagi kerana ilmu tidak akan habis sampai bila-bila.

Justeru saya perlu terus mempelajari perkara baru untuk pastikan saya bersedia melakukan setiap benda. “Insya-Allah saya bakal keluarkan banyak produk baru untuk peminat dan rakyat Malaysia. Saya ada beberapa perancangan yang lebih besar untuk majukan perniagaan saya tapi belum dapat saya kongsikan,” katanya.

Terasa kehilangan Ajak, tapi serasi dengan Awal

Janna mengakui terasa kehilangan apabila Ajak Shiro tidak lagi menjadi hos gandingannya di program Melodi selepas ini. Menurut Janna, dia sudah menganggap Ajak seperti abangnya sendiri. “Sudah tentu rasa kehilangan sebab kami sudah biasa setiap minggu. Kami pun sudah anggap seperti abang dan adik, tapi hidup perlu diteruskan walaupun dia sudah beralih angin.

“Dalam masa sama saya terharu kerana masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan program hiburan nombor satu ini. Saya menganggap pasukan Melodi sebagai satu keluarga dan studio Melodi di Sri Pentas adalah rumah saya,” katanya.

Mengulas mengenai gandingannya dengan Awal Ashari, Janna menyifatkan ia mudah dan tidak sukar mendapatkan keserasian. “Bekerjasama dengan Awal memang mudah dan tidak sukar untuk mencari keserasian. Lagipun, Awal

sudah lama mengendalikan program ini. Malah, perbezaan kami ini mungkin menjadikan Melodi 2020 lebih menarik. “Saya berharap dengan Awal saya dapat peluang untuk belajar menjadi hos yang lebih baik,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : empiremedianetwork  via applehijau

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Berangkat Ke Tanah Suci Untuk Tunaikan Umrah. Tak Sangka Ini Kiriman Doa Kekasih Hati Janna Nick Buat Warganet Terkejut."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*