Setelah semalam, Kak Lina PomPom atau Elly Mazlein disambut meriah ketika majlis sambut menantu di kampung pihak lelaki di Kuala Krai, Kelantan maka selesai sudah majlis persandingan selebriti ini sebanyak lima kali seperti yang diimpikan.
Kak Lina dilihat sangat bahagia disisi suaminya setelah diijabkabulkan pada 18 Januari lalu dan di majlis sambut menantu semalam juga pasangan ini meraih perhatian peminat dan pengikut.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen lagi apabila ada satu aktiviti yang membuatkan ramai meninggalkan pelbagai reaksi yang mana pelakon Kampung People ini turun pandang memberus periuk kuali yang digunakan ketika majlis.
Dengan tidak mengenakan busana cantik dan solekan tebal, pelakon ini kelihatan sempoi membasuh dan berkongsikan sekeping foto.
Lucunya pula, Kak Lina sempat menulis kapsyen berseloroh tentang selipar berenda dipakainya yang tidak mahu kalah sehingga perkongsian itu bersama foto dirinya mendapat ribuan tanda suka.
“Agitchuuu… ko ade cuci koli beso dekat kg karangan… tapi selipar tu, selipar tu… tak nak kalah, dikkk.”
Tidak sendiri, aktiviti ini juga dilakukan bersama ibu mertua dan ipar duai yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selebriti ini,
Ternyata, perkara itu bukan saja mencuit hati ramai namun ia juga membuatkan netizen memuji tindakan selebriti terkenal ini.
Reaksi ramai
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Elly Mazlein via HCL
Be the first to comment on "Kak Lina ‘sental’ periuk lepas majlis di Kelantan, selipar tetap tak kalah"