Rumah besar dan ada kereta mewah terbiar sampai berhabuk telah menjadi tanda tanya orang ramai apabila foto itu mula tular di media sosial.
Perkongsian daripada Geng Travel telah mendatangkan tanda tanya netizen, bagi mereka pasti ada kisah mi1steri yang tersirat disebalik ‘peninggalan’ kediaman tersebut.
Didiami oleh keluarga yang kaya raya
Memandangkan perkongsian telah meraih hampir 4,000 retweets, salah seorang penduduk yang tinggal dengan berhampiran dengan rumah ini tampil menceritakan kisah disebalik kediaman terbiar yang menjadi misteri ini.
Menurut pemuda yang dikenali sebagai @AmadQudin, rumah ini terletak di Ketereh, Kota Bharu Kelantan., dulu rumah ni didiami oleh 5 orang ahli keluarga dan mereka hidup bahagia.
Mereka ini merupakan keluarga yang senang dan bahagia,, ketika rumah ini dibina, memang nampak mewah. Dikatakan si suami ini ada tubuhkan beberapa jenis perniagaan, mereka ini disenangi oleh jiran dan orang kampung.
Antara perniagaan mereka ini macam hardware, jual pasir yang sedut dari sungai, pastu sewa jentera berat macam lori dan jengkaut tu.
2/3 tahun bisnes diorang sangat maju. Masa ni suami & isteri sangat baik. Suka tolong orang kampung dan beri sedekah.
Sikap mulia diaorang sampai rezeki jadi bertambah. Dari lori ada 2/3 sampai la ke puluhan lori sehingga mampu beli BMW dan kereta besar yang dalam gambar tu. Namun peristiwa hitam keluarga ini berlaku pada tahun selanjutnya.
Lori dah mula tersadai. Pekerja ada yang mog0k. Macam-macam lagi hal.
Ayah kepada pemuda ini merupakan orang penting dalam kampung tu. Si suami ada berjumpa dengan ayahnya dan menceritakan masalah yang dihadapi.
Difahamkan, bisnes mereka ini ada campur tangan ketiga.
Pastu si suami bru la bli bnw n kete besa yg korg nmpk dlm gmbr tu. then ke thun sterusnya. Dh bleh nmpk bisnes diorg ada msalah. Lori dh mula trsadai. Pekerja ada yg mogok. N mcm2 lg hal. Smpai la suami tu jmpa ngan ayh ak. Ayh ak ni org pntg kat kg ni ha..
— qudin (@AmadQudin) January 29, 2020
Sejak dari hari itu bisnes mereka dah mula merundum, hari ke hari memang nampak yang diorang ada masalah dalam bisnes.
Lori dah mula tersadai. Kereta mewah tu pun dah mula ‘rehatkan diri’ dan ia menjadi tanda tanya pada orang kampung. Tetapi, walaupun dugaan menimpa diri mereka ini, mereka masih lagi buat baik dan tetap bersedekah.
Pindah tanpa sebarang pesanan
Mereka pindah tanpa memberitahu orang kampung dan ia masih kekal mi1steri apabila mereka cuma bawa diri dan pakaian sahaja.
Katanya lagi, perabot masa ada dalam rumah tu, semuanya yang jenis mewah-mewah dan mahal-mahal.
“Bagi aku. Diorang pindah sebab diorg hadapi masalah kewangan dan masalah dalam bisnes diaorang. Kena bom0h ke apa ke tu biarlah rahsia.”
Tambahnya, rumah tersebut masih selamat untuk didiami, cuma kena buat renovation sahaja. Sebagai jiran, katanya rumah itu selamat dari sebarang unsur-unsur ser4m walaupun kelihatan seperti itu.
Jadi, tak perlulah nak buat misi-misi cari hantu segala.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Lobak Merah via Sinar Viral
Be the first to comment on "“Agak aiib kalau nak cerita” – Kereta Mewah ‘Tersadai’, Ini Kisah Disebalik Misteri Rumah Besar Terbiar Di Kelantan"