Agensi dedah pengakuan Sajat ketika mendaftar umrah dan setibanya di Makkah

AGENSI yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mend4kwa ahli perniagaan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah.

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Nur Sajat memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khvnsa.

Menurutnya, apabila tiba di tanah suci Makkah, dia sebaliknya memberitahu kepada mutawiff di sana dirinya seorang khvnsa.

“Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khvnsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.

“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mend4kwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khvnsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel.

“Kami sudah meminta dia (Nur S4jat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.

“Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” katanya.

Mengulas lanjut, jurucakap itu menjelaskan Nur Sajat masih berada di Tanah Suci kerana sebelum ini, dia sudah menziarah Madinah dan hari ini mutawiff membawanya bersama rombongan ziarah di Makkah.

“Kami ada menyemak tiket penerbangan kemungkinan diaada membeli tiket lain untuk pulang, namun setakat ini belum ada.

“Kami juga sudah bertemu wakil Wisma Putra dan setakat ini menafikan Sajat ditahan pihak berkuasa di sana,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Agensi dedah pengakuan Sajat ketika mendaftar umrah dan setibanya di Makkah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*