Kant0i! Ramai Terkeejut Akhyar Rashid Turut Raikan Birthday Eyka Farhana?

Pelakon, Eyka Farhana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini. Perkata itu dikongsikan bintang Juvana 3: Perhitungan Terakhir ini menerusi Instagram.

Mengenakan persalinan gaun potongan bahu rona biru, Eyka atau nama sebenarnya, Atiqa farhana Sarmizi ada memuat naik foto bersama jambangan bunga selain gambar yang dirakam berdua.

Dipercayai, foto yang diambil dari arah belakang itu dirakam bersama bintang bola sepak, Akhyar Rashid.

Meski tidak memberi sebarang penjelasan mengenai hubungan di antara keduanya secara terbuka, namun foto sama yang dikongsi Eyka turut dimuat naik di IG Stories pemain bola sepak pasukan JDT itu.

Malah, panorama serupa yang melatari majlis hari jadi Eyka turut sama dimuat naik atlet berkenaan.

 

“Such a wonderful night, thank you mucho,” tulis Eyka ringkas sambil disusuli dengan emoji hati dan civman.

Sementara itu di ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan buat Eyka selain memberikan dedikasi hari jadi.

Terdahulu, kemesraan keduanya mula menjadi perbualan hangat netizen selepas foto mereka yang dirakam berdua secara mesra tular sekaligus terus menjadi teka-teki adakah mereka bercinta atau sebaliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, 25 ✨💋

A post shared by Atiqa farhana Sarmizi (@eykafarhana) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Such a wonderful night ✨ thank you mucho ❤️💋

A post shared by Atiqa farhana Sarmizi (@eykafarhana) on

Foto: Instagram Eyka Farhana, Akhyar Rashid

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kant0i! Ramai Terkeejut Akhyar Rashid Turut Raikan Birthday Eyka Farhana?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*