Pengasas Albayt Travel jumpa Mujahid

KUALA LUMPUR – Agensi pelancongan, Albayt Travel (M) Sdn Bhd menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof petang ini susulan kontrovers1i usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Pengasas agensi pelancongan Albayt Travel (M) Sdn Bhd, Sofwan Che Seman, beliau diundang untuk menemui Mujahid bagi memberi penjelasan berhubung kronologi pemergian usahawan dikenali sebagai Sajat ke Tanah Suci menerusi pakej yang diuruskan syarikatnya.

Kata Sofwan, dalam pertemuan itu, beliau akan mendapatkan pandangan daripada Mujahid bagaimana isu berkenaan dapat diselesaikan.

“Saya akan berkongsi dengan Datuk Seri Mujahid proses yang kami lakukan seperti kelazimannya dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci.

“Mengenai isu Sajat, saya akan maklumkan bahawa kami mengikut prosedur operasi standard serta peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa,” kata Sofwan dalam laporan Astro AWANI ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Mujahid turut meluahkan rasa kes4l bagi pihak kerajaan dengan tindakan Sajat yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.

Menurutnya, tindakan sedemikian menc3markan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi.

“Saya kes4l dengan tindakannya yang memaparkan di Instagram seolah-olah ia bukan satu kes4lahan,” katanya selepas town hall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Mujahid adakan pertemuan dengan SKMM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini mengadakan pertemuan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan isu membabitkan perilaku usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat di Makkah.

Dalam kenyataan hari ini, Mujahid berkata, pertemuan bersama SKMM itu bertujuan agar tindakan segera dapat diambil ekoran pelbagai video dan gambar yang dimuat naik Muhammad Sajad yang mengenakan pakaian jemaah wanita ketika menunaikan umrah, tular di media sosial.

“Saya akan mengambil tindakan tegas tentang perbuatan Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang memuat naik video dan gambar mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial yang menimbulkan ketidakselesaan umat Islam.

“Tindakan segera akan diambil oleh SKMM,” katanya selepas mengadakan pertemuan itu di pejabatnya di Kompleks Islam Putrajaya.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan segera mengadakan pertemuan bersama SKMM adalah kerana suruhanjaya itu mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana media sosial yang memuat naik kandungan yang menimbulkan rasa tidak selesa khususnya kepada umat Islam.

Mujahid turut mengadakan pertemuan bersama agensi pelancongan umrah, Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang membawa Muhammad Sajad dan keluarganya ke Tanah Suci bagi mengetahui situasi sebenar di Makkah.

Selepas berbincang dengan agensi itu, Mujahid memaklumkan bahawa Muhammad Sajad perlu mengerjakan ibadah umrah sebagai seorang lelaki berdasarkan keputusan fatwa muzakarah haji berhubung isu melibatkan ibadah haji atau umrah oleh golongan mukhannas.

“Kami berpegang kepada fatwa muzakarah haji yang terang dan jelas (menyebut) kekal seseorang yang asal gendernya lelaki, maka segala hukum hakam (untuk mengerjakan haji atau umrah) hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya,” kata beliau. – Bernama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : duniadanakhirat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pengasas Albayt Travel jumpa Mujahid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*