“Selesai majlis, saya sekeluarga bergegas ke hospital” – Seb4k bernikah tanpa ibu, tengah malam pengantin buat ‘kerja g1la

SIAPA yang tidak sedih apabila hari bahagia dan bersejarah tidak dapat disaksikan oleh insan tersayang bergelar ibu.

Di saat pengantin perempuan mahu dinikahi pasangannya, ketika itu juga ibu kesayangan yang disapa ‘mama’ terlantar di h0spital.

Namun, sekeping gambar yang menunjukkan pasangan pengantin baharu itu bersama keluarganya di sebuah wad h0spital mengvndang sayu netizen.

“Walaupun mama tak dapat datang hari bahagia Along tapi kita orang tetap tunaikan hajat mama nak bergambar satu famili. Sayang mama dunia akhirat,” menurut perkongsiannya di laman Twitter sehingga menjadi tular.

Momen penuh beremosi antara dua beranak pada majlis akad nikah.

Pengantin berkenaan, Nur Amirah Syahindah Hanapi berkata, majlis pernikahan diadakan pada Ahad malam lalu, diikuti majlis persandingannya sejurus selepas itu, di Kuantan, Pahang.

Wanita berusia 24 tahun itu memberitahu, ibunya bagaimanapun tidak dapat turut serta kerana dimasukkan di sebuah h0spital di Kuantan kerana mengalami kec3deraan di tvlang paha kanan kira-kira seminggu sebelum majlis.

“Mama sebenarnya terkena serangan str0k kira-kira dua bulan lalu dan dimasukkan ke h0spital. Mama kemudian dibenarkan keluar dan semakin beransur pulih.

“Tapi mama hampir terjatuh ak1bat kakinya lemah semasa kami berjalan menghantar rombongan pengantin ke kenduri kahwin sepupu. Mujur saya dan kawan pimpin mama ketika itu,” katanya kepada mStar sambil menambah ibunya kemudian dimasukkan semula ke h0spital dan terlantar sehingga kini.

Nur Amirah menc1um ibunya sewaktu membuat lawatan mengejut di h0spital.

Nur Amirah yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, majlis perkahwinan perlu diteruskan kerana segala persiapan telah dilakukan.

Namun apa yang menyedihkan bagi pembantu klinik itu, ibunya merupakan antara orang paling teruja untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya.

“Kami ada minta kebenaran pihak doktor untuk membawa keluar mama sekejap untuk hadir ke majlis akad nikah saya, tapi mereka tak izinkan… dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan mama.

 

Melihat mama menangis membuatkan saya turut menangis. Syukur hasrat mama dapat kami tunaikan. Semoga mama cepat sembuh.

NUR AMIRAH

“Majlis akad nikah biasanya ada ibu di sisi, tapi tak ada. Bila dah selesai akad nikah, ayah datang pelvk saya dan masa tu memang sangat terasa terutama dengan ketiadaan mama,” katanya.

Menurut Nur Amirah, ibunya sebenarnya pernah menyuarakan hasrat untuk bergambar bersama seisi keluarga pada hari perkahwinannya.

Nur Amirah (kanan) bersama ibunya.

Justeru dia bersama suami, bapa dan dua adiknya telah membuat rancangan untuk menunaikan permintaan ibunya itu selepas majlis perkahwinan.

“Majlis akad nikah dan persandingan dibuat di kawasan yang sama. Dan selepas selesai majlis, saya sekeluarga bergegas ke h0spital.

“Masa tu dah tengah malam, waktu melawat pun dah berakhir tapi mujur pengawal keselamatan izinkan kami masuk. Mama terkejut melihat saya dan suami masih berpakaian pengantin,” tambahnya.

Nur Amirah sekeluarga pada majlis ulang tahun ibunya yang ke-45 tahun lalu.

Nur Amirah berkata, dia tidak dapat menahan sebak apabila ibunya menangis melihat mereka sekeluarga dapat berkumpul bersama di h0spital.

“Melihat mama bangun menangis tengok kami di wad membuatkan saya turut menangis. Syukur hasrat mama dapat kami tunaikan. Semoga mama cepat sembuh,” katanya sambil menambah ibunya akan menjalani pemb3dahan kerana masalah tvlang paha kanannya tidak lama lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Selesai majlis, saya sekeluarga bergegas ke hospital” – Seb4k bernikah tanpa ibu, tengah malam pengantin buat ‘kerja g1la"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*