Selepas dua minggu isu pelawak Ilya Buang didakwa dis3kat daripada membuat persembahan di Shah Alam, kumpulan Rare akhir tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran mereka yang dianggap telah menyindr kerajaan.
Kumpulan yang turut dianggotai oleh Ajak Shiro dan Ropie menyatakan kekes4lan mereka ketika membuat persembahan di final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 pada 10 Januari lalu.
Ilya juga berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pihak yang menyimpan perasaan kurang senang terhadap mereka.
“Kami ingin menyatakan kekes4lan dengan apa yang berlaku pada malam MLM 2019 dan ingin memohon maaf secara terbuka kepada pihak MBSA serta penonton.
“Harap-harap tiada lagi pihak yang memendam rasa dengan kumpulan Rare. Kami juga mahu isu ini berakhir dengan aman dan turut mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.
“Insya-Allah kami akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Semoga ini menjadi pengajaran buat kami bertiga,” kata Pak Ya kepada mStar.
Kumpulan Rare ditemui ketika sidang media khas bersama mStar di Tropicana City Mall, Petaling Jaya pada Jumaat.
Sebelum ini, Pak ya atau nama sebenarnya Ilya Buang meluahkan rasa terkil4n apabila namanya did4kwa disek4t pihak tertentu daripada membuat kemunculan dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung di Royal Teater, Shah Alam.
Pada malam final MLM 2019 lalu, kumpulan Rare muncul dengan lawak sindiran apabila melakonkan babak komedi di mana Ropie menggunakan penapis air kononnya untuk menapis kadar neutral dan kadar kandungan pH (air).
Ilya kemudian bertanya jika pH air itu okay, bagaimanapun Ropie memberi jawapan ‘t3ruk’. PH dalam pengertian p0litik merujuk kepada Pakatan Harapan. Dalam pada itu, Ilya juga berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan apa yang terjadi pada kumpulan mereka.
VIDEO
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar
Be the first to comment on "Lawak yang dianggap m3nylndir keraj4an, akhirnya Ilya, Ropie dan Ajak mohon maaf secara terbuka"