Nenek 85 Tahun Peluk Islam, Bakal Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama Sebagai Muslim

Hidayah itu milik Allah dan ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk termasuklah hidayah untuk memeluk agama Islam. Seperti kisah seorang warga emas yang dikenali sebagai Mariam Revert, wanita berusia 85 tahun ini berkongsi kisah bagaimana dia mula terdetik untuk memeluk agama Islam. Di samping itu, dia turut berkongsi video buat pertama kalinya dia mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah!

Diterima atau tidak

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. 🗓Fri 19-Dec-19. 13:50. Maria (now Mariam) taking her Shahada with Brother Sanawaz at Redbridge Islamic Centre (RIC). Subhanallah. 🤲🏽 . Witnesses: Sisters Mooneerah Salaam & Romana Rehman ————————————————————— 84-year old Maria bravely walked alone to RIC on the penultimate Friday of 2019, ahead of Jummah prayers. 🕌 She recalls, “Oh, my legs were like jelly, I was so worried!” Worried of not being accepted into the masjid because that is what she had been told by those around her… But nothing comes in the way of Allah SWT’s plan. 😌 . Maria stood in the porch of the masjid on that cold winter afternoon plucking up the courage to ask one of the passing sisters if she could come in. Once welcomed inside, she was given a seat and an explanation of what we were currently doing (sunnah prayers), why we were facing a particular direction (towards the Kaaba) and what was about to happen (kutbah). 🕋 Having observed for some time, Maria leaned down and asked, breathtakingly, “How do I become a Muslim? I want to be a Muslim.” Subhanallah, a tear-jerking moment. 💓 Maria was advised what it means to be Muslim, the meaning of Shahadah in English (and that, in Islam, Jesus is a prophet – not the son of god). She confirmed that is what she believes and passionately stated that she wanted to become Muslim “for Allah (SWT)”. ✨ Whilst she recited the Shahada in English and Arabic prior to the kutbah, on the sisters’ side, here is the “official” Shahadah with our wonderful imam. What an incredible way to walk into 2020. 🌿 . #shahada #islam #muslim #revert #alhamdulillah #subhanallah #mashallah #nevertoolate #84 #roadtojannah #blessing #inspiration #makeduaformariam

A post shared by 🌸Mariam (was Maria)🌸 (@mariam_revert) on

Menerusi Instagram Mariam, dia memberitahu bahawa dia teringin untuk menjejakkan kaki ke masjid pada hari Jumaat. Disebabkan itu, dia nekad untuk berjalan kaki seorang diri ke sebuah masjid berhampiran tempat tinggalnya. Semasa tiba di masjid itu, kakinya terasa seperti tidak boleh bergerak kerana t4kut tidak diterima oleh umat Islam yang lain. Namun, dengan izin Allah, dia meminta kebenaran seorang wanita Muslim di situ untuk masuk dan melihat apa yang sedang mereka lakukan di dalam masjid. Wanita itu sangat mengalu-alukan Mariam bahkan, memberi penjelasan tentang apa yang sedang berlaku dalam masjid.

Sebagai contoh, wanita itu memberitahu mengapa semua umat Islam duduk dan solat menghadap ke arah Kaabah dan apa yang akan berlaku semasa khutbah Jumaat nanti. Setelah memerhati dan merasai pengalaman berada di dalam masjid, Maria berfikir bagaimana jika dia hendak menjadi seorang Muslim. Persoalan dan niat untuk memeluk Islam itu terus diaju Maria kepada wanita tersebut. Sejak itu, Maria diberitahu supaya mengucap dua kalimah syahadah. Tanggal 19 Disember, Mariam telah mengucap dua kalimah syahadah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab di hadapan seorang ustaz dan beberapa wanita yang lain.

Alhamdulillah!

Mengenai latar belakang Mariam, warga emas ini merupakan seorang anak yatim paitu dan tidak mempunyai keluarga sejak dilahirkan. Meskipun, tidak mempunyai kasih sayang seorang ibu dan ayah, Mariam seorang yang kuat dan gigih belajar. Terbaru, Mariam memberitahu bahawa dia sedang belajar bahasa Arab dan cuba untuk menyebut kalimah-kalimah suci yang terkandung dalam Al-Quran.

Sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama sebagai seorang Muslim esok, dia memohon doa semua masyarakat agar terus berdoa buat dirinya supaya menjadi insan yang hebat dan berjaya membaca Al-Quran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mariam

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Nenek 85 Tahun Peluk Islam, Bakal Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama Sebagai Muslim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*