Nama kumpulan Bocey sudah lama terpahat dalam hati peminat. Trio pelawak yang bergandingan atas nama Bocey iaitu Abam, Fad dan Achey sememangnya memiliki kelainan yang tidak dapat disamakan dengan sesiapa.
Malah Bocey juga merupakan diantara kumpulan pelawak yang acap kali memenangi anugerah bahkan menerusi Maharaja Lawak Mega juga mereka pernah bergelar juara!
Kemenangan pada Januari lalu juga masih terasa apabila kumpulan Bocey dinobatkan sebagai tempat ketiga dalam Maharaja Lawak Mega 2019.
Namun, jika dulu bertiga kini kumpulan Bocey sudah tinggal berdua. Meskipun begitu, Fad dan Achey berjanji mahu menjaga nama kumpulan mereka iaitu Bocey walaupun telah kehilangan Abam pada Isnin lalu.
Berita pemergian Abam itu diakui ramai sangat mengejutkan malah menerusi satu posting oleh isteri Achey sendiri masih ramai meninggalkan maklum balas mengenai perkara itu.
Isteri Achey yang lebih mesra disapa Anne atau Nor Hasanah telah berkongsikan beberapa keping foto suaminya dan kumpulan Bocey dari tahun 2012 sehingga 2020.
Perjalanan Bocey dari tahun ‘2012-2020’
Ternyata perkongsian foto perjalanan Bocey ‘2012-2020’ daripada isteri Achey ini meraih ribuan tanda suka selain rata-rata meninggalkan pelbagai komen yang dilihat mereka bukan saja akrab sebagai sahabat malah lebih dari itu yang diakui seperti adik-beradik.
“Allahu menitis air mataku…”
“Ya Allah lebih dari hubungan sahabat…”
Sumber: Anne
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Akrab bagai adik beradik, isteri Achey kongsi foto2 perjalanan Bocey ‘2012-2020’"