“Hanya Tinggal 2” – Allahu! Fad Bocey Kongsi Perbualan ‘WhatsApp Group’ Buat Peminat Jadi Sebak

Selain daripada ahli keluarga terdekat, tentulah Fad dan Achey dari Kumpulan Bocey paling rapat dan amat merasakan kehil4ngan Abam.

Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey menubuhkan Kumpulan Bocey pada tahun 2013 untuk menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM).

Melalui Kumpulan Bocey, mereka pernah menjadi juara MLM untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2016 dan 2017, menjadi naib juara pada tahun 2018 dan menduduki tempat ketiga pada tahun lalu.

Pada satu entri di Instagram miliknya, Fad berkongsi tentang ‘WhatsApp Group’ Bocey MLM antara mereka bertiga.

“Assalamualaikum

Guys

Project youtube kita cmne?

Guysss

Bammm

Oooo bam,” tulis Achey sambil menggunakan emoticon menangis.

“Kite jaga nama BOCEY ni ye chey

Ini je yg arw4h tinggalkan untuk kite jaga sama2

Kesian dia

Aku rinduuuuu

Aku terbayang kita sembang kat amin idris show hari tu

kite celebrate birthday dia

Tinggal kite berdue je cheyyy” tulis Fad.

Perbualan antara mereka berdua di ‘WhatsApp Group’ benar-benar membuat ramai yang sebak.

“Ya Allah sedihnya, kita baca pun nangis tau,” tulis lyna_talib.

“Sedih baca dia suruh fad balik. Kuat Achey. Fad dengan Achey. kena kuat! Bahagian Abam Allah dah permudahkan sebaik-baiknya. Insya-Allah bahagian kita juga Allah permudahkan,” tulis ain.akira

“Kuatkan semangat Achey dan Fad. Tabahkan hati. Kena redha pemergian arw4h. Faham sangat situasi kalian semua. Doa banyak-banyak untuk arw4h moga roh arw4h tenang dan tergolong disamping orang-orang yang beriman,” tulis elli_samsuddin.

“Ya Allah, semoga kalian tabah. Saya yang tak ada apa-apa kaitan pun menangis,” tulis luggage_gudang_online.

Semua peminat yang meninggalkan komen ternyata sebak dan sedih dengan pemerg1an Arw4h Abam dan mendoakan yang terbaik untuk ahli Kumpulan Bocey.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! 

Sumber : GEMPAK
Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hanya Tinggal 2” – Allahu! Fad Bocey Kongsi Perbualan ‘WhatsApp Group’ Buat Peminat Jadi Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*