Dalam kedukaan terselit kegembiraan, hanya itu yang mampu diungkap pelawak dari kumpulan Puteh Ali, yang juga adik kepada Allahy4rham Abam.
Ali berkata, dia tidak menyangka isterinya Melati Fitri Abdullah kini sedang h4mil enam minggu.
“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berdvka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arw4h Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
“Cuma, kalau arw4h Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya sebak.
Ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali memberitahu pemeriksaan berkala akan dilakukan mengikut prosedur seperti biasa.
“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu h4mil lain.
“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
Ali pada 26 November tahun lalu, kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan meningg4l dunia kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik.
Ainul meningg4l dunia selepas 17 hari diraw4t di hospital dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 3 bulan.
Selain Ainul, hasil perkongsian hidup bersama isterinya Ali mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen
View this post on InstagramRindu lah dekat kesayangan walid ni..bile nk balik ni…hihihi @melatifitri_ @aaira_qaireen
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "“Syukur Padamu Ya Allah” – Ali Puteh Sebak Isteri Disahkan H4mil"