MESKIPUN sudah berganti tahun baharu, kem3lut rumah tangga dihadapi Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu masih belum berakhir.
Jika tahun lalu, dia berhadapan mas4lah dengan bek4s isteri, Ain ‘Afini Latif, kini bersama isterinya, Hana Azraa pula.
Hana ketika dihubungi Harian Metro berkata dia dan PU Abu memang sudah sepakat untuk bawa haluan sendiri.
“Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.
“Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman,” katanya.
Hana atau nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir, baru melahirkan anak lelaki diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.
Bayi dilahirkan dengan berat 3.12 kilogram itu adalah anak pertama hasil perkongsian hidup Abu dan Hana.
Mengulas sikapnya yang tenang berhadapan kemelut rumah tangga, Hana berkata dia sudah lali.
“Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemv dan mvak.
“Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la,” katanya tegas.
Mengakui mereka akan menguruskan proses perpis4han mengikut prosedur mahkamah, Hana berkata masih menunggu tarikh ditetapkan.
Menyentuh juga kec4man warganet yang rata-rata mengec4m Hana dengan dakw4an kif4rah buatnya, ibu dua anak ini berkata dia sudah tidak peduli apa orang nak cakap.
“Memang tak din4fikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kif4rah sebagai bal4san ambil hak orang lain).
“Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap,” katanya.
Ditanya tidakkah dia terganggu dengan kec4man dihadapi kerana dalam pantang bersalin, Hana berkata tidak terkesan langsung.
“Saya rasa tak terganggu pun dengan kec4man dilemparkan sebab kebanyakan pengikut di Instagram (IG) saya sudah memahami situasi dihadapi.
“Mereka (pengikut) sangat baik dengan saya dan memberi sokongan. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk mulakan hidup baru,” katanya.
Ditanya juga perancangannya akan datang, Hana berkata buat masa ini dia mahu habis berpantang di rumah keluarganya di Kedah dan tidak pasti mahu balik menetap di ibu kota.
Sementara itu, Abu dihubungi berkata hubungan rumah tangganya bersama Hana tiada masalah dan mereka masih suami isteri
Pemilik nama sebenar Muhd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi ini juga menafikan dia berlaku curang.
“Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.
“Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja,” katanya.
Terdahulu, pada April tahun lalu Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika bek4s isteri sarat hamil.
Hana dikatakan punca sehingga k0nflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila berc3rai tal4k kedua.
Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar yang lahir pada 7 Jun tahun lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HM
Be the first to comment on "Dikatakan hubungan di hujung tanduk, ini penjelasan isteri PU Abu"