Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman telah memberikan satu nukilan menyentuh hati khas buat suami tersayang.
Nukilan itu telah ditulis oleh Syahira bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fad hari ini.
Syahira telah memuat naik nukilan berkenaan beserta satu video kenangan yang merakamkan memori indah Bocey bersama Allahy4rham Abam di Instagramnya.
Coretan itu jelas menunjukkan betapa dalamnya cinta dan kasih sayang seorang isteri terhadap suami selain kekuatan ikatan persahabatan antara Fad, Achey serta arw4h Abam.
“Haritu daddy cakap Abam tak reply pun daddy wish dia, lepas tu daddy cakap tak apa aku nak tengok birthday aku dia wish tak 13 hb ni.
“Daddy, Abam tak akan wish dah daddy tak akan sama macam tahun-tahun lepas, tak akan ada dah muka daddy dekat ig Abam, dia tengah rehat.
“Khas untuk daddy, kenangan kita selalu bul1 dia, terkejut kan dia dan macam-macam lah. Itu hanya kita dan dia sahaja tau, keluarga Bocey terlalu banyak kenangan yang tak mungkin kami lupa.
“Memang orang akan cakap sekarang baru nak ingat ke? No bukan sebab sekarang baru ingat tapi sekarang lah masanya kami nak kongsi betapa banyaknya kenangan kami.
“Daddy kita doakan dia. Kita teruskan bawa nama Bocey sebab kita tahu macam mana susahnya kita bersama arwah untuk naikkan nama bocey.
“Raikan lah tahun ni dengan kenangan yang ada dalam simpanan album saya. Mommy doakan daddy dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang sihat dan bahagia dunia akhir4t.
“Mommy tak minta banyak, mommy nak daddy kuat balik. Arw4h tahu kita jauh daddy sebab tu daddy tak dapat tengok dan sentuh buat kali terakhir.
“Satu masa pasti kita akan bertemu. Again, happy birthday suami tersayang. Moga Allah kurniakan kekuatan buatmu. Sama-sama kita doakan buat arwah,” tulisnya
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat Bocey meluahkan rasa sedih dan terharu sebaik sahaja membaca nukilan khas tersebut.
“Allahu tersentuh hati aku, semoga Fad dan Achey terus kuat dalam kumpulan Bocey,” komen @hadabaharin_
“Ya Allah tersentuhnya tengok video ni. Al-Fatihah buat arwah Abam dan ditempatkan dengan orang yang beriman, happy birthday@fadbocey,” tulis @farah_umairahh
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembvskan naf4s terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Daddy, Abam Tak Akan Wish Dah…”– Sambut Birthday Tanpa Abam, Sebaknya Coretan Isteri Fad"