Fazura terkejuut… Dedah Hubungannya Dengan Ashraf Sinclair Yang Ramai Tak Tahu

BERITA pemergian pelakon Ashraf Sinclair benar-benar mengejutkan teman baiknya iaitu Nur Fazura.

Fazura berkata awalnya dia menyangka khabar duk4 yang diterima itu merupakan berita p4lsu sehinggalah disahkan oleh pengurus Ashraf.

“Beberapa minit dapat berita dari Indonesia pagi tu, saya terus ingat ianya berita p4lsu, tak mungkin sehinggalah saya dimaklumkan ia telah disahkan oleh Doddy (pengurus Bunga).

“Saya mengalirkan air mata dan semua memori bersama Ash (Ashraf) bermain di mata… seharian saya perlu menerima kenyataan kamu sudah pergi,” katanya.

Fazura berkongsi luahan sedih itu menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Fazura berkongsi luahan hatinya mengenai Ashraf di Instagram.

Pada Selasa lalu, Ashraf Sinclair menghembvskan n4fas terakhir di sebuah pusat perub4tan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana ser4ngan j4ntung.

Sementara itu, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini turut mengimbau kembali kenangan membina kerjaya bersama aktor tersebut dalam filem Gol & Gincu.

“Kita membesar bersama di awal karier kita. Penggambaran filem Gol & Gincu mengubah kita menjadi keluarga.

“Seterusnya, kita menjadi rakan niaga kemudian dia bertemu cintanya dan memutuskan untuk berkahwin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazura menyifatkan arw4h terlalu mencintai keluarga dan suka menggembirakan orang sekeliling.

Ashraf bersama isteri, Bunga Citra Lestari dan anak mereka, Noah Sinclair.

Malah, dia masih teringat reaksi teruja Ashraf ketika di awal perkenalan dengan isteri yang merupakan penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari.

“Saya tak akan lupa cahaya di matanya apabila dia bercerita mengenai Bunga, bagaimana dia terlalu mencintai dan seronok untuk melamar.

“Ashraf adalah insan berhati mulia yang mempunyai empati terhadap insan lain dan aura positif yang mampu menerangi segenap ruang.

“Mengingati Ashraf seorang individu yang suka ketawa, menyayangi keluarga, kawan, kerja, membantu orang lain dan buat orang sekeliling gembira. Saya akan merinduinya!,” katanya.

Terdahulu, Fazura dan Ashraf dipertemukan dalam industri lakonan menerusi filem Gol & Gincu yang ditayangkan pada tahun 2005.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Fazura terkejuut… Dedah Hubungannya Dengan Ashraf Sinclair Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*