Pada pagi tadi, pelakon cantik Tasha Shilla dan pasangannya, Muhammad Atiq Idris telah sah bergelar suami isteri apabila melangsungkan bernikah pada majlis ringkas di Masjid Wilayah, sekitar jam 9.59 pagi.
Melangsung persandingan pada malam hari, Tasha dan Atiq terlihat sangat secocok apabila mengayakan busana persis raja-raja klasik.
Persalinan yang menggunakan metarial songket keemasan ini bukan sahaja digayakan penuh seri kedua-dua mempelai, malahan turut menyempurnakan tema persandingan mereka yang seolah-olah mengangkat warisan budaya Melayu.
Ada persembahan tarian klasik
Majlis persandingan yang mengetengahkan busana tradisional klasik ini juga diserlahkan dengan persembahan tarian seperti di istana raja zaman dahulu kala.
Penarinya juga mempersembahkan tarian tradisional selari dengan tema majlis yang diangkat
Terdahulu, Tasha Shilla dan pasangan telah mengikat tali pertunangan pada minggu lepas yang diadakan secara tertutup.
Pada pagi tadi pula, kedua-dua mempelai selamat berumahtangga apabila dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM800.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:Tasha Shilla via noteuntukawak
Be the first to comment on "Bak Raja Dan Ratu Di Istana, Persandingan Tasha Shilla Angkat Tradisi Klasik"