Selepas pengumuman sebagai Perdana Menteri Kelapan diketahui umum, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bergegas sujud syukur diatas lantikan yang dibuat terhadapnya.
Kediamannya juga telah gamat dengan laungan โtakbirโ daripada para penyokong beliau.
๐๐ฅ๐๐๐จ๐๐ก ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ ๐๐ ๐ด ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
๐๐ฐ๐ฌ๐ฐ๐ฉ ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฌ๐ช๐ณ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐จ๐ฐ๐ญ๐ฐ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ด๐ข๐ฏ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ช๐ถ๐ด ๐ต๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ญ๐ช๐ฉ๐ข๐ต ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ข๐ญ๐ถ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ธ๐ข๐ต๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ด๐ช๐ฌ๐ข๐ฑ๐ฏ๐บ๐ข. ๐๐ฆ๐ฃ๐ช๐ซ๐ข๐ฌ๐ด๐ข๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ช๐ฏ๐ต๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ช๐ข๐ถ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ต๐ช ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ณ๐จ๐ข๐ฎ๐ฃ๐ข๐ณ ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ด๐ฆ๐ต๐ช๐ข๐ฑ ๐ฉ๐ข๐ด๐ช๐ญ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ถ๐ต๐ถ๐ด๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ณ๐ฆ๐ข๐ญ๐ช๐ด๐ข๐ด๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ.
Kenaliย Perdana Menteri ke 8 kita:
๐ก๐ฎ๐บ๐ฎ: Tan Sri Datoโ Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin
๐๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ: 15 Mei 1947
๐๐๐ฎ๐น: Muar, Johor
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐น: Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ง๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ถ: Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).
Seorang pemimpin yang mudah didekati kerana gaya kesederhanaannya. Beliau seorang pemimpin yang berfikiran kreatif dan amat tajam pemikirannya.
Tokoh pemikir dalam golongan pelaksana yang genius tetapi tidak terlihat melalui perwatakan dan sikapnya. Kebijaksanaan dan kepintaran beliau terbukti dan tergambar pada setiap hasil keputusan yang telah direalisasikan.
Beliau merupakan aset negara yang tidak ternilai. Pemikir berkualiti tinggi seperti Tan Sri Datoโ Hj Muhyiddin hanya seorang dalam seribu.
Keluar bertemu media
Seusai memanjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipta, Tan Sri Muhyiddin telah keluar bersama ahli keluarganya dihalaman rumah bagi bertemu media dan menjawab beberapa soalan yang diajukan.
TERKINI | Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai kepada pihak media selepas beliau sah menjadi Perdana Menteri. pic.twitter.com/5wcoJavALy
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 29, 2020
Beliau bersama isteri, anak serta cucunya terlihat melambai kepada media. Mereka juga tersenyum manis kepada lensa yang merakam wajah kegembiraan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin bergelar PM kelapan negara sebentar tadi.
Berikut pula status dari TMJ selepas pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin bergelar PM kelapan.
Rata-raat netizen sangat gembira dengan pengumuma ini kerana ia berjaya menamaatkan kemelut yang sedang melanda politik tanah air sejak dari ahad
โAlhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillahโฆโ โ Azmin
โALHAMDULILLAH, Alhamdulillah, Alhamdulillah.โ Itu ucapan ringkas bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Mohamed Azmin dilihat tersenyum keluar dari kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 5 petang hari ini.
Selain Mohamed Azmin, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata, usaha mereka akhirnya membuahkan hasil.
โAlhamdulillah. Kerja keras kita selama seminggu berjaya angkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,โ katanya.
Kita pikul bersama โ Ucapan Muhyiddin
โSAYA ucapkan terima kasih (atas sokongan) dan ini satu b3ban tanggungjawab yang besar, yang harus kita pikul dan saya bersama-sama pikul (untuk melaksanakan tanggungjawab).โ
Demikian kata-kata Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riโayatudin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.
Menerusi satu kiriman video berdurasi satu minit 36 saat, Muhyiddin berkata, ini adalah suatu detik bersejarah dan ia terhasil daripada sokongan parti di dalam Perikatan Nasional.
Dalam video berkenaan, beliau berucap disaksikan beberapa pemimpin di dalam Perikatan Nasional antaranya Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa pemimpin lain.
โPastinya ini adalah detik bersejarahโฆ Saya kira tidak lain tidak bukan adalah sokongan semua Ahli Berhormat Parlimen khususnya parti-parti dalam Perikatan Nasional terdiri daripada PPBM (Parti Pertubuhan Bersatu Malaysia), BN (Barisan Nasional), PAS, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan beberapa rakan bebas lain yang membantu memberikan sokongan padu.
โKita mendapat jumlah bilangan yang cukup dan mengikut Fasal 42 Perlembagaan Malaysia (Persekutuan), Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong yakin apa yang diputuskan itu.. Saya mendapat majoriti yang besar dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat,โ katanya.
Beliau pada masa sama menzahirkan terima kasih kepada kepimpinan dan semua Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional yang memberikan sokongan kepadanya.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MUSANGVIRAL
Be the first to comment on "Selepas Tan Sri Muhyiddin dari Johor diangkat PM ke 8, Ini Status TMJ"