Empat tahun berkahwin, Aprena Manrose jalani raw4tan kesubvran – “Sudah tiba masanya fokus nak anak”

EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Aprena Manrose memberitahu sudah tiba masanya dia memberi tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan zuriat.

Menurut Aprena, 27, dia dan suaminya Mohd Afiq Hazman ada membuat pemeriksaan kesubvran pada Disember tahun lalu dan kini mereka masih perlu melalui beberapa pros3s selanjutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Come to support premiere movie #M4M4 produced by @damotionmedia will be out soon 6 February 2020. Lock the date!

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose) on

“Tahun ini, saya memang nak fokus untuk dapatkan zuriat. Dah empat tahun berkahwin, sudah tiba masa yang sesuai untuk saya nak ada anak pula.

“Selama ini, saya dan suami tak pernah buat pemeriks4an apa-apa tapi pada Disember tahun lalu kami buat keputusan untuk bertemu doktor.

Aprena dan suami mahu fokus dapatkan zuriat.

“Kami sudah lakukan pemeriks4an kesubvran tapi keputusan belum tahu lagi dan ada beberapa proses yang perlu kami lakukan selepas ini.

“Insya-Allah, saya berharap semua peminat boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya dan suami,” kata Aprena kepada mStar.

Aprena ditemui ketika malam gala filem Jodoh Sy4itan di mmCineplexes @ E-Curve, Petaling Jaya pada Jumaat.

 

Perancangan saya pada tahun ini memang nak perlahankan sedikit karier seni. 

APRENA MANROSE

PELAKON

Selain Aprena, filem ser4m komedi itu turut dibintangi Allahy4rham Abam Bocey, Soffi Jikan, Jay Iswazir, Fauziah Nawi dan Kamarul Yusoff.

Filem terbitan Do Motion Sdn Bhd itu akan berada di pawagam seluruh negara bermula 5 Mac depan.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Iwan Syahman ini berkata dia akan memperlahankan karier seninya namun masih terbuka menerima tawaran.

Aprena bersama arwah Abam, Soffi dan Jay dalam filem Jodoh Syaitan.

“Perancangan saya pada tahun ini memang nak perlahankan sedikit karier seni. Tapi tidak bermaksud saya mahu berhenti terus.

“Saya masih terbuka untuk menerima tawaran berlakon tetapi saya akan pilih mengikut waktu yang bersesuaian,” ujarnya.

Pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman dan Mohd Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Empat tahun berkahwin, Aprena Manrose jalani raw4tan kesubvran – “Sudah tiba masanya fokus nak anak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*