Usahawan selebriti dan bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim mendedahkan dirinya kerap menerima mesej dari wanita yang sedang melalui masalah rumah tangga.
Menurut wajah kepada jenama hijab Fareeda itu, kebanyakan wanita yang mengirimkan mesej kepadanya sedang melalui proses percer4ian dan bertanyakan soal kehidupan sebagai ibu tunggal.
“Mereka meminta nasihat, ada kalanya saya balas. Saya memahami situasi yang terjadi tetapi saya tekankan kepada mereka, apa yang menjadi keutamaan mestilah kepentingan anak-anak.
“Mereka bertanya, bagaimana saya kelihatan sangat tenang di laman sosial biarpun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Bagi saya, tak semua perkara harus dikongsi.
“Alhamdulillah, saya meneruskan kehidupan seperti biasa dan saya meletakkan anak sebagai fokus utama. Semuanya demi anak,” kata Mawar.
Mawar ditemui di majlis prebiu buffet Ramadan di Hotel Tenera Bangi pada Rabu.
Berpis4h dengan Fizo pada Julai tahun lalu, Mawar juga mendedahkan situasi yang dihadapi seakan difahami oleh anak tunggal mereka, Wan Maryam.
“Selain anak, saya memberikan fokus terhadap bisnes. Anak yang semakin membesar juga seolah-olah faham dengan keadaan yang sedang terjadi.
“Seperti contoh, jika saya katakan kepadanya Daddy akan datang mengambilnya, dia mengangguk faham dan dia akan cakap okay.
“Ada ketikanya saya membuat panggilan video untuk anak bercakap dengan Fizo. Saya dan bekas suami masing-masing meletakkan keutamaan terhadap perkembangan anak.
“Komunikasi itu penting dan kami akan tetap sepakat untuk menjaga anak dengan baik biarpun bukan lagi suami isteri,” katanya lagi
Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013 dan kemudian mereka bercerai talak satu pada 10 Julai 2019.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Lepas Sandang Status Ibu Tunggal, Mawar Karim Dedah Banyak Terima Mesej Dari…"