Bunkface tak layak berdakwah? Sweet Qismina nampak Sam solat belakang pentas – “Ingatkan buat apa, rupa-rupanya…”

TEGURAN ker4s yang dilakukan oleh kumpulan Bunkface dalam lagu Akhir Zaman mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna memuat naik foto temubual Sam Bunkface dalam sebuah program hiburan dan mempertik4ikan hujah mereka mengenai agama yang dikatakan tidak selari dengan gaya hidup yang ditunjukkan kumpulan itu.

Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan tweet lelaki berkenaan.

Malah, ada yang membuka cerita mengenai sisi sebenar Sam dan ahli kumpulan Bunkface lain.

Ini termasuklah pelakon Sweet Qismina yang mengakui pernah melihat Sam menunaikan solat di belakang pentas ketika dia menjadi penari dalam sebuah majlis anugerah.

Perkongsian Sweet Qismina di Twitter menarik perhatian pengikut.

“Masih ingat lagi satu masa dulu saya buat persembahan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai penari semasa kecil.

“Orang semua duduk huhahuha kemudian saya nampak dia berdiri seorang di belakang pentas.

“Ingatkan buat apa, rupa-rupanya tengah solat, terdiam sis,” tulis Sweet.

Situasi tersebut rupa-rupanya bukan sahaja disaksikan oleh Sweet, malah ramai lagi pengguna Twitter lain pernah melihat ahli kumpulan Bunkface ini menjaga rukun Islam kedua itu.

Lagu terbaharu Bunkface mengundang pelbagai komen daripada netizen.

“Kamu boleh bercakap macam tu sebab tak lepak dengan mereka selalu, masa meeting… dengar je azan semua keluarkan kain pelikat dalam beg nak solat. Contoh yang baik!

“Setuju, saya pernah jadi usher untuk dia orang tahun lepas, mereka bersolat dulu sebelum mula jamming. Waktu pengurusan memang out tapi solat mereka jaga, siap bawa sejadah sendiri. Tolong jangan menghak1mi orang,” kata pengguna Twitter.

Menerusi kenyataan di laman Instagram, Bunkface berkata lirik tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya sekadar teguran kepada gerakan komuniti itu yang semakin meluas di negara ini.

Isu tersebut terus menjadi perbualan hang4t netizen sehinggakan lirik muzik lagu tersebut yang dimuat naik di laman Youtube disek4t dan tidak boleh lagi ditonton di platform tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bunkface tak layak berdakwah? Sweet Qismina nampak Sam solat belakang pentas – “Ingatkan buat apa, rupa-rupanya…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*