Tamatkan Terus Premier League Musim 2019/2020 Tanpa Juara

Berikutan penul4ran w4bak C0VID-19 di Eropah dan United Kingdom ketika ini, peminat menggesa Premier League supaya menamatkan terus liga musim 2019/2020 tanpa juara dan penyingk1ran.

Premier League baru sahaja mengumumkan semua aksi Premier League akan ditangguhkan selama tiga minggu (sehingga 3 April 2020) bermula selepas habisnya perlawanan hujung minggu ini. Ia langkah sama yang telah diambil oleh Serie A awal minggu ini.

 

Bagaimanapun peminat tertanya-tanya – apa langkah Premier League jika wab4k C0VID-19 di Eropah dan United Kingdom khususnya, menjadi lebih tervk. Adakah liga akan ditangguhkan lagi? Adakah liga akan ditamatkan terus?

 

Ketika semakin ramai peminat Premier League mencadangkan supaya liga musim 2019/2020 yang terg4nggu oleh wab4k COV1D-19 ditam4tkan tervs. Wab4k peny4kit yang berasal dari Wuhan, China ini sudah meragvt 10 nyawa.

Seperti biasa, perbincangan cadangan ini membuahkan banyak pendapat.

Apa jadi jika Premier League ditamatkan terus?

Apabila liga ditamatkan terus, juara liga tidak akan diumumkan untuk musim 2019/2020.

Apabila tiada pasukan diumumkan juara, ia juga bermakna tiga pasukan terbawah ketika ini – Bournemouth, Aston Villa dan Norwich City – tidak akan disingkirkan ke EFL Championship.

 

Ada juga peminat yang menyarankan agar pusingan play-off diadakan selepas wabak COVID-19 berakhir untuk menentukan pasukan mana yang bergelar juara, mendapat slot Champions League, slot Europa League dan slot penyingk1ran/promosi.

 

Ada juga yang mencadangkan supaya Premier League mengikut langkah yang sedang dibincangkan oleh Bundesliga ketika ini. Untuk mengetahui apa yang sedang dipertimbangkan oleh Bundesliga,

Ada juga yang mencadangkan agar kedudukan liga sekarang menentukan juara liga terus memandangkan majoriti perlawanan sudah dilangsungkan. Jika alternatif ini dipilih, Liverpool akan bergelar juara Premier League!

 

Masih tidak dapat dipastikan ke mana haluan yang akan dipilih oleh Premier League jika wabak C0VID-19 berlanjutan dan memaksa liga untuk ditamatkan secara pra-matang.

Apa pula pandangan anda? Perlukah Premier League menamatkan terus liga tanpa juara?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: SEMUANYABOLA VIA HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tamatkan Terus Premier League Musim 2019/2020 Tanpa Juara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*