Rakan selebriti popular, Shuk Sahar dan Shuib Sepahtu sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka juga sangat rapat sebagai penyampai radio di tempat yang sama iaitu di stesen radio, Hot FM.
Shuk Sahar dan Shuib Sepahtu bersama-sama menceriakan pendengar radio berkenaan terutama dalam mengendalikan program Geng Pagi Hot (GPH). Walau bagaimanapun, bukan mereka berdua saja, malah ia merupakan gandingan daripada tiga penyampai radio yang turut bersama Fizie.
Acap kali, pendengar dapat mendengar telatah mereka yang turut dikongsikan menerusi laman Instagram.
View this post on InstagramMorning gais!!! Jom dengar @hotfm976 #HariRadioSedunia @shuk_hotfm @fizie_hotfm
Terbaru, sempena ulang tahun kelahiran rakannya itu, Shuib Sepahtu menerusi Instagram memuat naik ucapan khusus.
Walau bagaimanapun, foto dikongsikan itu mencuit hari ramai apabila kelihatan perut bulat Shuk sehingga mengundang ramai gelak besar dan dalam pada masa yang sama, Shuib turut menulis hashtag birthday boy buat Shuk.
“Bila terlalu ‘Stay at home’…” tulisnya juga dalam perkongsian berkenaan.
Pun begitu, tidak disangkakan, dua pelawak ini sempat berbalas foto lucu yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik mereka sehingga membuatkan ramai terhibur.
Manakan tidak, Shuk mahupun Shuib turut menulis kapsyen lucu di posting mereka dan menerima pelbagai maklum balas lucu daripada netizen dan rakan selebriti yang terhibur dengan gelagat sempoi mereka.
“Terima kasih sebab duduk kat rumah”
View this post on Instagram#kitajagakita #jagajaga #BeSafe #HandSanitizer @shuk_hotfm @hotfm976 #gph
“Saya bingung napa masih ada x reti duduk umah!!”
View this post on Instagram
Reaksi ramai di perkongsian Shuib
Ramai turut gelak besar di posting Shuk
Sumber: Instagram Shuib Sepahtu, Shuk Sahar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Shuk & Shuib berbalas foto ‘lucu’ di Instagram undang gelak ramai"