Disoal Sudah Lafaz Talak? Ini Jawapan Aliff Syukri

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dia sudah melafazkan tal4k terhadap isterinya Datin Seri Nur Shahida menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya.

Perkara itu dijelaskan sebagai jawapan kepada pertanyaan seorang pengikutnya yang bertanyakan perkara itu di ruang soal jawab laman sosial terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

jangan pernah Menunggu aku ketika aku di puncak, Tetapi temani aku ketika aku mendaki, jangan tolong aku ketika aku tenggelam tetapi tolong ajari aku berenang.. supaya aku tidak mati dgn lautan yg masin ..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Memang betul ke Datuk dah lafaz talak dekat Datin…Moga ada jalan terbaik untuk Datuk dan Datin, Amin,” tulis individu tersebut.

Menjawab soalan itu, Aliff menyatakan dia masih belum melafazkan talak dan akan mengikut peraturan dari pihak berkuasa.

“Saya harap anda tidak menabur fitn4h, saya tak pernah berbuat begitu, dalam soal ini, saya juga akan mengikut peraturan dari pihak berkuasa,” jelasnya dalam IG Story.

VIDEO :

Baru-baru ini kecoh apabila surat tuntutan cer4i dipercayai milik pasangan itu tersebar di Internet.

Difahamkan, Aliff dan Shahida sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram.  

Menerusi perkahwinan Aliff dan Shahida, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Disoal Sudah Lafaz Talak? Ini Jawapan Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*