KUALA LUMPUR, 7 April — Kerajaan akan menanggung kos penginapan hotel yang dijadikan pusat kuarantin hingga RM150 sehari termasuk makanan, kata menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Kerajaan mengenal pasti dan menggazetkan 45 hotel sebagai pusat kuarantin. Kerajaan akan menanggung perbelanjaan untuk bilik dan makanan sehingga RM150 sehari.
“Kos lain seperti dobi dan perkidmatan lain perlu ditanggung sendiri oleh individu yang berada dalam kuarantin,” katanya dalam sidang media hari ini.
Katanya individu yang pulang daripada luar negara hanya boleh memilih hotel yang disenaraikan sebagai pusat kuarant1n.
Manakala mereka yang mahu duduk di tempat penginapan yang lebih selesa berbanding yang ditawarkan perlu menanggung kos perbelanjaan sendiri.
Antaranya hotel bertaraf lima bintang Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan, Resort Tanjung Rhu di Langkawi, Grand Millennium Kuala Lumpur, Hotel Hilton Kuala Lumpur, dan Dorsett Grand Subang di Subang Jaya.
Katanya hotel bertaraf empat dan lima bintang tersenarai kerana wujud permintaan daripada kedutaan luar negara untuk penginapan yang lebih selesa.
“Ada juga yang baru pulang luar negara mahu memilih sendiri hotel dan sanggup menampung kos sendiri,” katanya.
Namun katanya individu yang perlu dikuarant1n hanya boleh memilih penginapan di kawasan berdekatan mereka sahaja.
Kerajaan mengisytiharkan 63 premis tambahan milik institusi, sektor awam dan hotel bertaraf lima bintang, sebagai stesen kuarant1n, selaras Akta Penceg4han dan Pengaw4lan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342) dan menjadikan jumlahnya sebanyak 472 premis. Kesemua premis ini ditanggung oleh Kerajaan.
Daripada senarai ini 31 daripadanya adalah hotel yang pastinya telah memberikan kelengkapan yang cukup seperti televisyen, katil, makanan, air-cond, wifi dan sebagainya
- Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah
- Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Siputeh, Perak
- Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA Kampus Teluk Intan, Teluk Intan, Perak
- Arena Badminton Perak, Ipoh, Perak
- Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
- Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh, Perak
- Kolej Kejururawatan Kuantan, Kuantan, Pahang
- Hotel The Cool Point, Tanah Rata, Pahang
- Hotel Monaco Boutique, Kota Kinabalu, Sabah
- Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau, Sabah
- Linawa Hostel, Kompleks Sukan Ranau, Ranau, Sabah
- Rumah Rehat Sri Aman, Sri Aman, Sarawak
- Rumah Temuai Nanga Merit, Kapit, Sarawak
- Pusat Giatmara W.P Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
- Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah
- Tanjung Rhu Resort, Pulau Langkawi, Kedah
- Golden Sands Resort by Shangri-La, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
- Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
- Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak
- Best Western Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor
- COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil, Selangor
- Dorsett Grad Subang, Subang Jaya, Selangor
- Four Points by Sheraton, Puchong, Selangor
- FOX Lite Hotel Dpulze-Cyberjaya, Cyberjaya, Selangor
- Hilton Garden Inn Puchong, Puchong, Selangor
- Hilton Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor
- Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor
- Hotel Sunway Clio, Petaling Jaya, Selangor
- Hotel Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
- Qliq Damansara, Petaling Jaya, Selangor
- Dorsett Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Ancasa Express @ Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Furama Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Grand Millenium Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Hilton Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Hotel Royal Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Ibis Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Hotel Impiana KLCC, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- J-Hotel by Dorsett, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Living at Dsulaiman, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Hotel Premiera Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Ramada Suites Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Silka Cheras, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Swiss-Inn Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- The Pearl Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Hotel Crytal Crown, Johor Bahru, Johor
- Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor
- Hotel Hallmark Regency, Johor Bahru, Johor
- Hotel Millesime, Johor Bahru, Johor
- Hotel New York, Johor Bahru, Johor
- Swiss-Inn Johor Bahru, Johor Bahru, Johor
- Hotel V8, Skudai, Johor
- Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
- Grand Dormani Rajah Court Hotel, Kuching, Sarawak
- Hock Lee Hotel and Residences Tower A and Tower B, Kuching, Sarawak
- Hotel Kuching Park, Kuching, Sarawak
- Ming Garden Hotel and Residences, Kota Kinabalu, Sabah
- Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
Menerusi laman sosial Twitter, wanita yang menggunakan akaun @AisyRumaisha berkongsi empat keping foto keadaan bilik hotelnya yang serba mewah untuk tatapan umum.
“Dari New Zealand pesawat 5 April harini, pulang ke Malaysia di musim COV1D-19, ditempatkan di pusat kuar4ntin, selama 14 hari yang terletak di Hilton Hotel, PJ. Nak lihat keadaan tempat ini?” tulis wanita berkenaan menerusi satu kicauan.
Wanita tersebut turut berkongsi dia diberikan makanan dan perkhidmatan WiFi secara percuma.
Dari New Zealand pesawat 5 April harini, pulang ke Malaysia di musim COV1D-19, ditempatkan di pusat kuarantin, selama 14 hari yang terletak di Hilton Hotel, PJ.Hasil tinjauan di Twitter, perkongsian wanita ini mendapat maklum balas n3gatif daripada wargamaya.
Dari New Zealand pesawat 5 April harini, pulang ke Malaysia di musim COVID-19, ditempatkan di pusat kuarantin, selama 14 hari yang terletak di Hilton Hotel, PJ.
Nak lihat keadaan tempat ini?#malaysiacovid19 #NewZealand #MovementControlOrder #COVID19
Quarantine thread pic.twitter.com/H1fN0HCemd— ♚ theflychic (@AisyRumaisha) April 5, 2020
Bukan sahaja mereka tidak berpuas hati wanita ini bercuti ketika p4ndemik COV1D-19 melanda dunia, malah mereka tidak bersetuju apabila golongan ini diberi penginapan mewah berbanding para petugas barisan hadapan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak/Vanilla Daily
Be the first to comment on "Tular foto kuarantin di hotel mewah, ini penjelasan sebenar Menteri Kanan bagi mereka yang balik dari luar negara"