Pendapatannya terjejas sepanjang PKP, Ebby Yus sudah menghubungi Seniman

” Hari kedua selepas kerajaaan mengumumkan perlaksanaan PKP, saya sudah menghubungi Seniman menerusi salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) untuk bertanya mengenai bantuan.”

Itu luahan pelakon komedi popular, Ebby Yus, 56, yang mengambil pendekatan merujuk kepada persatuan untuk berkongsi mas4lah dihadapi apabila pendapatannya terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Ebby berkata, dia yang tidak mempunyai pendapatan tetap sudah menghubungi Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk bertanyakan jenis bantuan yang sesuai.

” Bagi saya, lebih baik merujuk terus kepada persatuan untuk bertanya tindakan selanjutnya daripada membuat perkongsian di media sosial,” katanya.

Mengakui terkesan dengan PKP apabila sembilan projek kerja seninya terpaksa ditunda pada tarikh yang belum pasti, Ebby berkata, dia akur dengan dugaan harus dihadapi kini.

” Kesan daripada penularan wab4k Cov1d-19 dihadapi semua orang di negara ini. Saya percaya ramai tertekan kerana tidak dapat keluar bekerja seperti biasa.

” Apatah lagi, artis seperti saya yang bergantung pendapatan kepada kerja seni dan keadaan kesi1hatan pun kurang baik. Namun, saya luahkan segala permas4lahan itu kepada persatuan.

” Biarlah persatuan yang bertindak untuk langkah seterusnya dan saya tunggu saja maklum balas mereka. Bagi saya, kerajaan juga sudah mengatur strategi untuk membantu rakyat yang terkesan,” katanya.

Dapat bantuan barangan dari Seniman

Ditanya mengenai bantuan, Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, semalam dia ada menerima bantuan barangan keperluan daripada Seniman.

Katanya, dia juga sudah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan dan keputusan masih belum diketahui.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

selepas dengar pengumuman ,abang punya la panik sampai terbeli baju raya😁😇

A post shared by Ebbyyus (@ebbyyusoriginal) on

” Saya ikut saja apa yang disaran kerajaan. Diharapkan semoga permohanan bantuan kewangan yang saya buat itu berjaya dan diluluskan.

” Kalau boleh saya tidak mahu meminta-minta. Selagi termampu dan kesihatan mengizinkan saya lebih suka bekerja untuk mencari rezeki sendiri.

” Cuma, sejak PKP ini saya sebenarnya lebih bimbangkan kakak di kampung. Kakak saya sudah berumur 60 tahun dan orang kelainan upaya (0KU) yang tinggal bersendirian,” katanya.

Menurut Ebby, setakat ini dia hanya mampu menghubungi kakaknya dan rindu nak balik ke kampung untuk menzi1arah seperti selalu harus dip3ndam seketika.

Jadi penyampai radio

Ebby yang kini menjadi penyampai radio undangan di Negeri fm sejak Januari lalu juga harus berehat seketika sepanjang tempoh PKP dilaksanakan kerajaan kerana dia berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Seremban dua kali seminggu.

Ebby Yus sebelum ini disahkan doktor menghidap penyak1t buah pinggang hampir 2 tahun lalu, malah keadaan penyak1t lamanya iaitu jantvng juga semakin l3mah.

Meskipun pernah terlantar sak1t akibat penyak1t kron1knya, namun Ebby Yus mengatakan bahawa semangatnya untuk dalam industri seni masih membara.

Bagaimanapun atas kekangan masalah kes1ihatan, dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan terutama melibatkan persembahan outdoor kerana alah kepada cuaca panas terik.

” Saya cuma tahu buat kerja ini sahaja (lakonan), tiada sumber pendapatan lain. Semangat untuk kerja tidak pernah putus. Cuma kemampuan membataskan” luah Ebby Yus

Bantuan diteruskan hingga PKP tamat

BANTUAN barangan keperluan asas oleh kerajaan tidak akan dihentikan walaupun sudah meluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim menjelaskan, bantuan barangan keperluan asas kepada rakyat yang terkesan berikutan pengisytiharan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan diteruskan sehingga tempoh larangan itu ditamatkan.

Menurutnya, bantuan barangan keperluan asas tidak ada kaitan dengan BPN seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kerajaan tidak pernah mengumumkan untuk menamatkan bantuan barangan keperluan asas, sebaliknya bantuan itu akan diteruskan sehingga tempoh PKP ditamatkan.

“Kehidupan, keselamatan serta nyawa rakyat tidak akan diperjudikan dan langkah kerajaan sedang giat dilakukan adalah memastikan penyaluran bantuan berterusan, ” katanya ketika majlis penyerahan barangan keperluan asas kepada Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Kuala Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Barangan keperluan asas termasuk beras, tepung gandum, minyak masak dan gula itu diagihkan kepada 1,000 penduduk yang terkesan di kawasan berkenaan berikutan penguatkuasaan PKP dibiayai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu kecewa apabila ada pihak cuba menangguk di air kervh dengan menghasvt rakyat supaya mempertikaikan segala usaha murni dan keprihatinan kerajaan.

Menurutnya, ada antara individu tertentu menghasut rakyat bahawa bantuan barangan keperluan asas akan dihentikan jika mereka menerima BPN.

“Kerajaan akan berusaha untuk memulihkan ekonomi negara selepas pandemik Covi1d-19 selesai tetapi kehidupan, keselamatan dan ny4wa rakyat tidak akan diperjudikan hanya kerana ingin mengekalkan rizab negara,” katanya.

Ahmad Amzad menyeru individu dan pimpinan politik supaya bersama kerajaan memperkukuhkan fokus untuk menyelesaikan mas4lah rakyat.

“Saya menggesa pihak pihak tertentu agar menghentikan segera amalan polit1ik hasuvtan, fi1tnah, adu domba dan permainan persepsi sehingga boleh mem3cah belahkan kesatuan rakyat yang sedang berhadapan dengan ujian besar kepada negara seperti Covi1d-19,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: M.B
Apa komen anda?