Kucing kesayangan Ashraf Sinclair m4ti, derita rindukan tuan – “Sukar makan dan semakin lemah hari demi hari sejak dua bulan”

SIAPA yang tidak sedih apabila kucing peliharaan yang dibelai penuh kasih sayang akhirnya m4ti di depan mata.

Kucing kesayangan milik keluarga penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) yang diberi nama Toni dipercayai m4ti akib4t terlalu merindui allahy4rham pelakon Ashraf Sinclair.

Menerusi Instagram BCL pada Jumaat, kucingnya itu melalui saat yang sukar sehingga tidak mahu makan selepas suaminya men1nggal dunia pada 18 Februari lalu.

Ibu kepada arw4h Ashraf iaitu Khadijah turut berkongsi berita sedih di Instagramnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Cinta Sejati itu reda dengan kem4tian haiwan peliharaan mereka itu yang sudah membawa kebahagian dan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

“Dear Toni, terima kasih kerana membawa kegembiraan di rumah kami selama ini. Kucing paling cerdik dalam rumah ini. Didukung daddy sambil melihat cicak selalu menjadi masa kegemaran awak.

“Saya tahu kamu sudah berjuang, dua bulan yang agak sukar untuk kamu. Tidak memahami apa yang terjadi. Ia sangat sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.

 

Terima kasih kerana membawa kegembiraan di rumah kami selama ini.

BUNGA CITRA LESTARI

PENYANYI

“Tapi kamu seorang pejuang. sehingga kamu tidak mampu lagi. Berehat dengan tenang Toni… Kami sayang kamu. Terima kasih menjadi sebahagian daripada hidup kami.

“Anda akan dirindui. Sampaikan salam sayang kepada daddy di sana,” Tulis BCL yang turut memuat naik foto kucing kesayangannya itu di Instagram.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar BCL sekeluarga kuat serta tabah mengharungi dugaan yang mendatang pada tahun ini.

Kucing kesayangan BCL dan Ashraf sekeluarga yang diberi nama Toni.

allahy4rham Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhir di di Rumah S4kit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta pada 18 Februari lalu selepas mengalami ser4ngan j4ntung.

Dalam pada itu, ibu kepada arw4h Ashraf iaitu Khadijah A Rahman juga berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

“Ya Allah. Kucing kesayangan Arw4h Ashraf sudah pulang ke Rahmatullah juga,” katanya.

Ashraf dan BCL mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair, 10.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kucing kesayangan Ashraf Sinclair m4ti, derita rindukan tuan – “Sukar makan dan semakin lemah hari demi hari sejak dua bulan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*