Tak Sempat Bertemu Ramadhan! Eira Syazira Sebak Sepupunya ‘Pergi’ Ketika Hantar Makanan Pelanggan

Kita hidup dalam ekonomi yang penuh mencabar. Ketika ini tiada istilah “pilih kerja” dalam kamus hidup. Selagi mana ianya mampu sumbang pendapatan, selagi itu lah kudrat dikerah.

Lihat sahaja kini, ramai graduan ijazah yang baru sahaja tamat pengajian hidup terumbang–ambing dan berjuang dalam mendapatkan pekerjaan tetap. Suka atau tidak akhirnya mereka merelakan diri untuk menjadi rider makanan sebagai punca pendapatan.

Ramai yang memandang mudah kerja sebagai penghantar makanan. Hakikatnya mereka berdepan dengan risik0 yang sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan bayaran yang diterima.

SEPUPU EIRA SYAZIRA “PERGI” KETIKA MENGHANTAR MAKANAN

Dalam memastikan makanan yang ditempah pelanggan tiba tepat pada masanya, rata-rata para rider akan berusaha secepat mungkin dalam menghantar pesanan tersebut.

Dalam ghairah mengejar trip makanan, harus diingatkan kepada rider bahawa berhati-hati ketika di atas jalanan. Satu khabar dvka telah diterima dari seorang pelakon cantik Eira Syazira pada beberapa jam yang lalu menerusi entri Instagramnya.

Difahamkan sepupu pelakon berkenaan, Muhammad Fakrulrozi yang berumur 21 tahun telah “pergi” ketika dalam perjalanan menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya.

TAK SEMPAT BERTEMU RAMADHAN BARU

Menurut perkongsian abang Allahyrham pula, Al Hakeim Fauzi, adiknya yang bekerja sebagai penghantar makanan segera McDonald’s meniggal dunia sekitar tengah hari semalam. Tidak sempat untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.

Kejadian yang berlaku di Jasin, Melaka akibat pertembungan dengan sebuah kenderaan. Dia memohon jasa orang ramai mendoakan adiknya itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan.

Lihat sahaja perkongsian gambar di ruangan Facebook, memaparkan makanan yang dipesan habis bertabvran di atas jalan raya. Sekali gus mengundang rasa simp4ti orang ramai dengan Kejad1an yang tidak diduga tersebut.

NETIZEN TURUT SEBAK

Melihat kepada reaksi peminat Eira, rata-rata mereka meluahkan rasa simpati kepada nasib yang menimpa keluarga sepupunya itu. Mereka sempat menitipkan salam takziah serta doa buat arwh agar dicucuri rahmat.

Suka penulis ingatkan kepada rider yang masih aktif, berhati-hati ketika menunggang motosikal. Duit boleh dicari tetapi ny4wa sukar untuk diganti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Infomeecks

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Sempat Bertemu Ramadhan! Eira Syazira Sebak Sepupunya ‘Pergi’ Ketika Hantar Makanan Pelanggan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*