KEPUTUSAN pengacara Nabil Mahir yang melangsungkan pertunangan dengan penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat mengundang persoalan ramai apabila mereka hanya menjalin hubungan rapat dalam tempoh setahun.
Perkara itu sekali gus menarik perhatian ramai memandangkan kisah cinta lamanya dengan pelakon Sarah Hildebrand yang terlerai Februari tahun lalu berlaku selepas lima tahun menyulam cinta.
Nabil ketika dihubungi berkata, dia menemui sesuatu yang istimewa dalam diri Ayda hingga membuatkan dia dan anggota keluarga terpaut dengan wanita itu.
“Menerusi hubungan yang lalu saya sudah sampai ke satu fasa sudah bersedia untuk berkahwin dan hampir nak bagi cincin tapi apa yang diharapkan tidak berlaku. Saya juga kami tiada jodoh.
“Namun, selepas berkenalan dengan Ayda, saya harus akui dia berbeza dengan hubungan masa lalu saya. Hubungan kami berjalan dengan baik malah keluarga saya juga serasi dengannya. Ibu saya kini begitu rapat dengan Ayda seperti kawan baik. Bagi saya, restu keluarga amat penting dan saya bersyukur kedua-dua belah keluarga menyambut baik dengan perhubungan ini,” katanya.
Menurut Nabil, selepas seminggu bertunang sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada 28 Februari lalu, perkara pertama yang terlintas dalam fikirannya adalah tanggungjawab yang perlu dipikul untuk menjaga anak orang selepas ini.
“Saya tiada pengalaman menjaga seseorang yang tidak dikenali dalam hidup saya melainkan menjaga ahli keluarga saja. Jadi apabila sudah bertunang ini sudah tentulah saya selalu terfikir tanggungjawab yang perlu saya galas selepas ini.
“Ini adalah satu cabaran baru yang perlu saya persiapkan. Saya akui sudah bersedia dengan keputusan ini. Doakan semoga hubungan kami berjalan dengan baik dan lancar,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HM
Be the first to comment on "Menjalin Hubungan Rapat Hanya Dalam Tempoh Setahun, Nabil Mahir Dedah Kenapa Hubungan Ibunya Dengan Ayda Rapat"