Alyah mohon maaf, buat pengumuman yg buat ramai sebak “”Bersalahnya saya pada kamu dan berd0sanya saya pada kamu”

TERKENAL dengan lagu-lagu berunsur cinta, penyanyi Datin Alyah pada Isnin meluahkan rasa menyesal kerana memberi pengaruh itu kepada peminat-peminatnya.

Alyah, 39, berkata, lagu-lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini hanya membuatkan pendengar menitiskan air mata kerana manusia tapi bukan kepada Allah.

“20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi, saya menyanyi lagu cinta, lagu sengs4ra, lagu sedih, lagu cur4ng, lagu kecewa. Kebanyakan lagu-lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.

“Di bulan Ramadan yang mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini. Nyanyian saya menitiskan air mata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia bukan kerana kasih pada Allah SWT, para Rasul, mahupun para ilmuan agama,” kongsi Alyah.

Alyah membuat permohonan maaf kepada peminat menerusi sebuah entri di laman Instagram.

Dalam pada itu, Alyah membuat keputusan untuk berhenti merakamkan lagu-lagu berkaitan kisah cinta dan memohon maaf atas kekhilafannya selama mengejar populariti sebagai seorang penyanyi.

“Bersalahnya saya pada kamu dan berd0sanya saya pada kamu. Saya mohon ampun atas kekhilafan saya selama ini dalam mengejar populariti.

“Sayalah yang berd0sa, saya juga amat naif dan sayalah yang bersalah. Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa-apa lagu cinta terhadap manusia, lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada yang Maha Pencipta.

“Mohon maaf atas keputusan ini. Selamat berpuasa semua,” jelasnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Alyah mohon maaf, buat pengumuman yg buat ramai sebak “”Bersalahnya saya pada kamu dan berd0sanya saya pada kamu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*