Dr Noor Hisham bagitahu Tamat PKPB jika rakyat buat perkara ini

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Penceghan dan Pengawlan Penyak1it Berjangk1it 1988 (Akta 342) perlu dilanjutkan bagi membolehkan pemantauan dan pengawasan berterusan dilaksanakan jika lebih banyak sektor ekonomi dibuka kelak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jika rakyat terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ketika itu barulah kerajaan bersedia dengan strategi keluar untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB).

“Jika kita kekal mendapat satu atau dua digit yang rendah (kes baharu) dan tiada peningkatan kes mendadak pasca Aidilfitri, maka kita rasa kita perlu membuka lagi sektor ekonomi yang lain, namun ia memerlukan kawalan. Jika kita keluar dari strategi keluar, maka akan tiada kawalan langsung.

“Sekarang kawalan ini bergantung kepada Akta 342, antaranya membabitkan kawalan sempadan dan penjaran sosial, yang mana kuasa pelaksanaannya diturunkan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

“Jika semua sektor dibuka dan pemantauan kita berjalan dengan baik, kita masih kekalkan dua atau satu digit, maka kita bersedia untuk strategi keluar. Inilah yang kita katakan ‘soft landing’, iaitu supaya rakyat patuh SOP,” katanya pada sidang media hariannya, di sini hari ini.

PKP berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac lalu di seluruh negara bagi mengekang penularan COV1ID-19, antaranya meliputi lar4ngan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Ia kemudian dilanjutkan sehingga 14 April, disusuli lanjutan sehingga 28 April dan kemudian sehingga 12 Mei.

PKPB pula dilaksanakan dari 4 hingga 12 Mei yang membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), selain orang ramai dibenarkan bergerak melebihi radius 10 kilometer dari kediaman masing-masing.

Ia kemudian dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini.

Kluster pangsapuri Cheras mungkin berkaitan kunjungan raya

Dalam perkembangan terkini Punca jangki1tan kluster baru pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur masih dalam sias4tan.

Namun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, besar kemungkinan penvlaran Cov1id-19 di situ berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Memperincikan kluster itu, beliau berkata, kes pertama dikesan hasil saringan pelajar pusat tahfiz yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimanapun melalui penyiasatan yang dijalankan, tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz tersebut mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan (tabligh) di Seri Petaling.

“Sehingga kini terdapat enam kes bagi kluster ini iaitu tiga kes merupakan penghuni pangsapuri tersebut dan tiga di luar kawasan pangsapuri,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Cov1id-19 di Putrajaya, hari ini.

Sumber: TRENDINGSANGAT

Apa komen anda?