Laju Betul. Dpt je duit dari Kak Ogy, ini tempat Man Raja Lawak Belanjakan

PELAKON dan pelawak, Man Raja Lawak, 43, mendermakan wang sejumlah RM3,000 yang diperoleh untuk bayaran teater Korvpsi Dewan Semandung lakonannya kepada rakan yang memerlukan bantuan.

Man berkata, walaupun dia belum memperoleh baki bayaran daripada penerbit teater berkenaan iaitu Fauziah Ahmad Daud, dia bertindak demikian kerana sudah berniat mahu menyumbangkan wang bayaran berkenaan kepada rakannya yang berhadapan masalah kewangan.

“Saya tetap hargai usaha dilakukan kak Ogy (Fauziah) yang bertungkus lumus menjual pes kari air tangannya untuk mengumpul wang bagi melunaskan bayaran kami.

“Namun, saya fikir ada rakan yang lebih memerlukan wang itu dan tak salah jika menyumbangkannya sebagai bantuan. Lagipun, saya sudah lama berniat untuk membantu insan lain dengan wang berkenaan,” katanya.

Mengulas bayaran tertunggak belum diterima, Man berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkannya lagi kerana sekarang dia mahu fokus kepada karier seninya semula.

“Kerajaan pun sudah membenarkan aktiviti penggambaran. Alhamdulillah saya juga sudah menerima beberapa tawaran berlakon. Jadi, sekarang saya bersemangat untuk kerja semula dalam normal baharu.

“Lagipun, hidup perlu diteruskan dan menjadi motivasi saya tidak mahu terlalu mengenangkan perkara membabitkan bayaran teater itu. Semuanya adalah pengalaman.

“Memandangkan kini bidang seni adalah kerjaya utama, sebolehnya saya tidak mahu ada masalah dengan orang lain. Pada saya, apa yang berlaku itu jadikan teladan,” katanya.

Bapa dua anak berusia 16 dan 13 tahun ini berkata, dia juga akan lebih berhati-hati untuk menerima tawaran berlakon teater selepas ini kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Pada Mac lalu, ketika kes jangk1tan Cov1id-19 dalam negara masih meningkat timbul isu produksi teater Kurvpsi Dewan Semandung tidak menjelaskan bayaran kepada pelakon dan pekerja belakang tabir

Sebelum ini Man Raja lawak juga melahirkan rasa terkilan dengan tindakan Kak Ogy yang masih belum melunaskan baki bayaran RM10K milik beliau. Kak Ogy juga dikatakan telah bl0ck akauan Ig untuk semua pelakon teater

Kak Ogy Bl0ck Semua Orang

“Nape ek #kakogyahmaddaud bl0ck smue pelakon2..kru2..musican yg terlibat dlm teater @korupsidewansemandung kalau dia di pihak yg benar..spe yg jadi mangsa ni??? kami ke dia?? Kelakar pun ade gak pasal 2 bulan berdolak dalih..kitaowg sabar dan beri peluang akhir nya ini yg kami dapat?? Baki 10k baik saya bagi kat mereka yg betul2 tgh susah dari bagi kat akak yg MENYUSAHKAN smue org”

Kak Ogy Jual Pes Kari

Kini terdapat perkongsian dibuat seorang individu berkaitan kempen jualan pes kari hasil air tangan kak Ogy yang berharga RM28 termasuk kos pos.

Kempen jualan pes kari seberat 400 gram dengan harga RM28 tidak termasuk kos pos itu bertujuan untuk membantu Ogy mengumpul kewangan bagi melunaskan semua kesulitan pembayaran kepada pelakon dan kru produksi teater Korupsi Dewan Semandung terbitannya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Laju Betul. Dpt je duit dari Kak Ogy, ini tempat Man Raja Lawak Belanjakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*