Yusry ‘Ser4ng’ Lisa Surihani Gara-Gara Berlian…Eh! Apa Cerita Ni?

Macam tak percaya bukan? Kedengaran pelik apabila dapat tahu Yusry Abdul Halim sanggup ser4ng Lisa Surihani.

Namun itulah yang berlaku antara mereka berdua baru-baru ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Tapi korang jangan risau, itu semua hanyalah lakonan semata-mata.

Ia merupakan sebahagian daripada jalan cerita yang bakal menampilkan pasangan suami isteri tersebut yang memegang watak utama sebagai Faizal dan Suzi menerusi telefilem terbaharu berjudul 6 Hari.

Apa yang menariknya karya itu berjaya dihasilkan walaupun ketika industri berdepan kekangan dalam meneruskan penggambaran ekoran pandemik Cov1id-19.

Bagi Yusry sendiri, katanya, naskhah tersebut benar-benar mencabar dirinya bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga sebagai seorang pengarah.

“Proses pembikinan telefilem ini amat mencabar tetapi saya amat berpuas hati dengan produk akhir karya ini. Secara dasar, telefilem ini mengisahkan tentang dua individu yang terperangkap dalam konflik berkaitan dengan ‘sebutir berlian’.

“Tetapi secara tersiratnya, ia tentang pencarian diri, dan bagaimana watak-watak tersebut matang seiring dengan peredaran masa.

“Penceritaan ini terbentuk bukanlah seperti yang saya rancang dari awal. Saya temui makna tersiratnya pada hari ketiga penggambaran. Semakin saya tulis, semakin lapisan tersirat cerita ini keluar sedikit demi sedikit,” katanya yang juga merupakan penulis skrip telefilem tersebut.

Bahkan, kejayaan penghasilan karya tersebut juga menjadi satu penanda aras baharu bagi dalam dunia penerbitan rancangan televisyen.

“Kami amat gembira dengan penerbitan buah tangan terbaharu menerusi telefilem ‘6 Hari’ kerana karya ini bakal melakar sejarah dan meletakkan tanda aras tersendiri sebagai permulaan resam baharu dalam bidang hiburan.

“Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam menangani pandemik Cov1id-19, karya ini berjaya disudahkan hasil kerjasama kreatif dan komitmen semua pihak yang terlibat,” kata Pengurus Saluran Astro Ria dan Astro Citra, Emarina Kamal.

Telefilem ‘6 Hari’ mengisahkan tentang Suzi (Lisa Surihani) yang bahagia sebagai isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan.

Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya akan pulang ke rumah setiap enam hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isterinya yang lain.

Kehidupannya berjalan seperti biasa sehingga kemunculan bekas teman lelakinya, Faizal (Yusry) yang merupakan bekas b4nduan datang ke rumahnya yang kemudian mengugvt untuk memberitahu kisah jenyah mereka kepada Ismal.

Apakah yang akan berlaku? Adakah Ismal akan mengetahui sejarah silam Suzi?

Adakah Faizal akan melepaskan Suzi dan melupakan segala yang berlaku di antara mereka? Sama-sama kita saksikan.

Jadi, jangan lupa saksikan telefilem ‘6 Hari’ pada hari Sabtu, 13 Jun 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Ria HD (124), Astro Citra (108) dan Astro Citra HD (128).

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, telefilem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Yusry ‘Ser4ng’ Lisa Surihani Gara-Gara Berlian…Eh! Apa Cerita Ni?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*