“Ayah Menghilangkan Diri Daripada Kami” – Anak To’ki Dedah Perkara Sebenar

KUALA LUMPUR: Anak To’ki, Noor Hidayah mend4kwa kali terakhir bertemu penyanyi era 1990-an itu ketika beliau menjadi wali nikahnya, empat tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, sejak ayah dan ibu berpis4h, kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah To’ki, sehinggalah dia dan adik-beradik membaca kisah penyanyi lagu Seni Berzaman itu yang tul4r, sejak beberapa hari lalu.

“Ketika ibu dan ayah bercer4i, saya berusia 11 tahun. Selepas berpis4h, ayah menghilangkan diri daripada kami. Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.

“Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB)… Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada,” katanya kepada BH Online.

To’ki mengaku bangga dengan kejayaan lima anaknya dan mend4kwa tidak pernah mengab4ikan mereka.

BH Online menjejaki Noor Hidayah, 27, yang mesra disapa Yaya selepas entri yang dimuat naiknya, tul4r, mendakwa To’ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas meninggalkan ibu, dirinya dan empat beradik lain.

Kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal dalam pondok di Batu 12, Gombak, tul4r, sejak beberapa hari lalu.

Noor Hidayah berkata, dia dan adik-beradik yang lain terkejuut mendapat tahu keadaan To’ki dan kehidupannya di pondok melalui laporan media.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.

“Memang terkejuut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya,” katanya.

Noor Hidayah berkata, selepas ditinggalkan, mereka tidak pernah berhubung dengan To’ki sehinggalah berjumpa sekejap pada hari pernikahannya.

Mengenai perkongsiannya di laman sosial berhubung kisah To’ki, Noor Hidayah berkata, entri itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya bertujuan mempertahankan dirinya dan adik-beradik lain.

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

“Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,” katanya.

Noor Hidayah berkata, dia tidak berniat memburvkkan bapa kandung, sebaliknya merasakan langkah itu perlu demi kepentingan ibu dan adik-beradik.

Namun, Noor Hidayah tidak menyimpan dend4m dan mendoakan yang terbaik buat ayah.

“Sudah tentu saya sedih melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dug4an atas apa yang dilakukan ke atas kami.

“Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Buruk macam mana pun, ayah tetap ayah kami,” katanya.

Sementara itu, To’ki berbangga semua permata hatinya berjaya dalam hidup.

Keberatan bercerita kisah peribadi, To’ki berkata, biar apapun yang berlaku, dia mengambil tahu perkembangan anak-anak.

“Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi. Tuduhan mendakwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar.

“Mereka hidup selesa dengan bekas isteri. Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar,” katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

To’ki akur tatkala diri mendapat perhatian ramai, isu seumpama itu datang menerjah.

Tidak keberatan berkongsi, To’ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama.

To’ki berkata, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen, To’ki percaya ada hikmah di sebalik ujian dihadapi.

To’ki berkata, bakatnya mula dihargai apabila video yang dimuat di laman Facebook (FB) mencatatkan tontonan tinggi.

Tambahnya, ada hikmah di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu.

“Nama saya menjadi sebutan ramai sejak PKP. Dulu, apabila saya buat siaran langsung di FB, tontonan hanya tiga atau empat orang. Sekarang mencecah ribuan penonton.

To’ki berkata, dia tidak menyesal memilih untuk menetap di pondoknya itu.

“Sebelum ini, pondok ini hanyalah tempat persinggahan saya. Saya hanya di sini beberapa malam untuk mencari inspirasi.

“Tetapi, sejak lebih setahun lalu, saya memutuskan untuk menetap di sini kerana saya mahu menyediakan kandungan yang baik untuk pengikut laman sosial.

“Seiring dengan perniagaan industri muzik sekarang, saya juga mahu mewujudkan saluran YouTube sendiri,” katanya ditemui di pondoknya di Gombak, dekat sini, semalam.

Selain aktif di laman sosial, To’ki banyak memenuhi undangan nyanyian di ibu negara.

“Sebelum PKP, saya banyak mendapat undangan nyanyian di Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

“Saya ada dua persembahan tetap iaitu di I’Dahlia Corner, Persiaran Stonor dan Pak Tam Sri Corner, Batu Caves pada setiap hujung minggu,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ayah Menghilangkan Diri Daripada Kami” – Anak To’ki Dedah Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*