Dipanggil Bod0h Sebab Penampilan, Ini Jawapan Padu Eina Azman!

Pelakon Datin Eina Azman dilabel bdoh oleh seorang netizen hanya kerana memakai pakaian ‘turtle neck’ ketika bercuti di Langkawi.

Menerusi laman sosial Instagram, Eina memuat naik beberapa keping foto bersantai di atas kapal layar untuk tatapan umum.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🤍🤍🤍

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Menurut netizen tersebut, pakaian ‘turtle neck’ tersebut tidak sesuai dipakai kerana cuaca panas terik.“Stup1id outfit. Datin tak sesuai panas terik macam tu pakai turtle neck,” tulis netizen terbabit di ruangan komen.

Tidak berdiam diri, Eina membalas komen tersebut dengan memberikan alasan yang kukuh tentang pemakaiannya ketika bercuti. 

“Ia tidak b0doh, turtle neck yang saya pakai nipis dan saya taknak hitam macam hati awak tu.

“Langkawi tu panas sebab tu saya pakai macam tu. Nasib baik saya pakai turtle neck, kalau pakai bikini? Awaklah antara orang yang akan kec4m kan,” balas Eina.

Penampilan Eina yang mengenakan skirt berwarna putih itu turut mengundang pelbagai pujian pengikutnya. 

“Cantiknya! Sama padan. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” komen seorang wargamaya.

“Cantik foto datin! Tempatnya pun cantik,” kata seorang wargamaya.

“Pandai datin jaga dato, nampak dari perutnya. Pandai dato jaga datin, nampak dari badannya jugak,” puji seorang wargamaya.

“Suka la tengok pakaian datin ni,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Langkawi ❤️

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haredang w biksss 😆

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dipanggil Bod0h Sebab Penampilan, Ini Jawapan Padu Eina Azman!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*