Fasha Tak Kedekvt

JIKA segelintir selebriti memilih untuk merahs1akan nama dan wajah bayi mereka selepas dilahirkan, berbeza pula dengan pelakon Fasha Sandha yang dilihat tidak kedekvt untuk berkongsi mengenai anaknya yang lah1ir pada Jumaat.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, menerusi laman Instagram berkongsi wajah bayi perempuannya yang diberi nama Aisha selepas beberapa jam melahirkannya.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini juga mengucapkan terima kasih kepada doktor yang menyambut kelahiran anaknya iaitu Datuk Dr Rafi serta seluruh tenaga kerja dan peminat yang mendoakannya.

Fasha berkongsi wajah dan nama anaknya di Instagram.

“Assalammulaikum dunia, hari ini hari pertama (Jumaat) Aisha ke dunia ini. Hari Jumaat, 7.8.2020. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk Aisha, ibu dan seluruh keluarga.

“Terima kasih team Datuk Dr Rafi daripada UMRA Medical Centre yang menjaga Aisha dan ibu dengan baik. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua,” tulis Fasha.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan netizen yang juga memuji wajah comel anak perempuan Fasha.

Bagaimanapun, sehingga kini Fasha mahupun Aidil tidak berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai proses kelahi1ran bayi sulung mereka.

Fasha bersama suami dan dua orang anaknya.

Pada Jumaat, Aidil Aziz meluahkan rasa syukur apabila isterinya Fasha selamat melahirkan bayi perempuan mereka yang ketika itu hanya diberi gelaran ‘Baby A’.

Teruja dengan kelahiran itu, pelakon drama Kamar Kamariah ini berkata dia sanggup mengambil cuti selama sebulan untuk menemani dan menjaga isterinya ketika berpantang.

Pada Jun tahun lalu, Fasha pernah mengalami kegguran hingga menyebabkan dia berasa fob1ia untuk bercerita terlalu awal mengenai keham1ilan.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buatnya.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Fasha Tak Kedekvt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*