Malaysia Diiktiraf Dunia, Pelaksanaan PKP Satu ‘Keputusan Besar Dan Berani’ Hingga Berjaya Landaikan Lengkvng Jangk1tan – Ismail Sabri

SEBAGAIMANA diketahui umum, Malaysia merupakan antara negara yang cemerlang dalam usaha mengek4ng penula4an Covi1d-19.

Malah, langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada 18 Mac lalu ternyata dapat mengekang penularan wab4k berkenaan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memperkenalkan PKP disifatkan sebagai ‘keputusan besar dan berani’.

Jelasnya, pada waktu itu kebanyakan negara di serata dunia masih teragak-agak memberikan respon dan tindakan berbeza-beza dalam menangani penularan Cov1id-19, yang merupakan satu krisis global dan disifatkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Kempen Pembudayaan Norma Baharu berkata, selain PKP, keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan, yang dilakukan bertujuan mengekang penularan w4bak dalam komuniti, telah berjaya melandaikan lengkung jangki1tan w4bak Covi1d-19.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, usaha paling kukuh telah diambil untuk menangani penul4ran Cov1d-19, iaitu dengan melaksanakan PKP dan keputusan itu telah berjaya melandaikan lengkung jangkitan wab4k Cov1d-19.

“Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik Covi1d-19, malah telah menjadi salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wab4k berkenaan, yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global, ” katanya pada majlis pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pagoh, Muar, Johor, pada Sabtu.

Pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sukan Pagoh turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh.

Beliau bagaimanapun berkata, sikap masyarakat yang alpa patuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pensanitasi, terutama di kawasan awam yang sesak, telah meningkatkan risiko penul4ran dan mengundang gelombang baharu jangki1tan, sehingga kes harian jangki1tan Covi1d-19 yang sebelum ini turun kepada satu angka, kini meningkat semula kepada angka dua digit, dengan kemunculan kluster baharu.

Sehubungan itu Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Kempen Pembudayaan Norma Baharu, bagi meningkatkan kesedaran dan memperkasa rakyat melindungi diri, keluarga dan komuniti, dalam usaha membantu petugas barisan hadapan, memer4ngi jangki1tan Cov1d-19.

Beliau berkata program-program di bawah Kempen Pembudayaan Norma Baharu ini, akan dilaksanakan oleh semua Kementerian di peringkat persekutuan dan juga kerajaan-kerajaan negeri.

Ismail Sabri berkata, kempen itu juga akan membabitkan penglibatan semua lapisan kepimpinan termasuk penghulu, ketua kampung, temenggong, pemancha, kapitan, tuai rumah serta imam dan ahli jawatankuasa masjid, tok batin dan ketua-ketua agama dari bandar raya besar, bandar-bandar kecil sehingga kampung di desa.

“Kempen ini menyasarkan penyebaran maklumat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada segenap lapisan masyarakat, akan turut membabitkan penggunaan pelbagai platform seperti media massa, media sosial, papan iklan, jerayawara, program keagamaan, penerbitan poster dan gegantung, yang akan terus digiatkan sehingga 31 Disember ini.

“Oleh itu, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat harus bersama-sama meningkatkan kawalan kendiri, bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti, daripada jangkitan virus Covid-19 dan memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak ini, ” katanya.

Pada majlis hari ini, Perdana Menteri telah melancarkan kempen tersebut, serta melancarkan Buku Pembudayaan Norma Baharu Komuniti yang diterbitkan KKM.- BERNAMA

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Malaysia Diiktiraf Dunia, Pelaksanaan PKP Satu ‘Keputusan Besar Dan Berani’ Hingga Berjaya Landaikan Lengkvng Jangk1tan – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*