” Mereka Tak Faham Dunia Glamour” – Fazley Yaakob

Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob bers1mpati atas nasib yang menimpa pasangan YouTuber masakan terkenal, Sugu Pavithra.

Kata Fazley, tidak patut untuk menyalahkan mereka memandangkan populariti mendadak yang diperoleh menyebabkan mereka g4gal untuk mengawalnya dengan baik.

“Saya kasihankan media kerana dipersalahkan tetapi pada masa sama saya kasihankan juga pada Sugu dan Pavitra kerana mereka tidak faham dunia glamor.

“Pada saya apa yang perlu dilakukan, lebih baik sekiranya jika ada kenalan yang boleh ke rumah mereka untuk mengajar macam mana untuk berdepan dengan populariti, berhadapan tek4nan keluarga dan menjawab soalan media.

“Populariti yang datang mendadak itu tanpa ada ilmu menyebabkan mereka mudah dipersalahkan semula. pada saya populariti boleh membunvh dan beri keselesaan.

“Itu pilihan yang mereka perlu buat tapi perlu bersama didikan dan tunjuk ajar,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Fazley merayu rakan selebriti atau YouTuber untuk turut sama membantu pasangan itu agar tidak membuat pilihan yang salah.

“Tolong bantu dan ajar mereka untuk berdepan populariti supaya tidak dibunvh populariti mereka sendiri,” tambahnya.

Sebelum ini saluran YouTube Sugu Pavithra menjadi fenomena apabila menampilkan cara masakan yang bersahaja hingga mengumpul lebih 785,000 pengikut.

Populariti pasangan itu melayakkan Pavithra menerima pengiktirafan sebagai ikon Anak Bandaraya Ipoh daripada Majlis Bandarayaq Ipoh (MBI).

Namun, pasangan itu terpalit dengan kontr0versi keg4nasan rumah tangga hingga menyebabkan mereka mem4damkan kesemua video di saluran YouTube.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "” Mereka Tak Faham Dunia Glamour” – Fazley Yaakob"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*