“Ya Sebagai Isteri Mesti Taat Pada Suami Tapi…”- Lisa Surihani

Pelakon Lisa Surihani akui seorang isteri mesti taat pada suami tetapi pasangan perlu berbincang mengikut budi bicara.

Lisa mengutarakan pendapat itu apabila mengulas mengenai satu babak lakonannya dan Farid Kamil dalam drama bersiri Pelindung Seorang Puteri.

“Ya memang sebagai isteri kita mesti taat pada suami. Tapi komunikasi, bincang, budi bicara tu penting. 

“Isteri juga ada hak dalam perkahwinan. Nasib baik Epul faham dan bagi Rose kerja. Selamat… jap.. Selamat kan?,” katanya.

Lisa beekongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Lisa memuat naik sedutan babak dari drama tersebut.

Pelindung Seorang Puteri yang merupakan Megadrama baru ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Pun begitu, Farid bersyukur kerana dia mendapat tunjuk ajar dari  pengarahnya, Yusry Abdul Hali dan penerbitnya, Datuk Rosyam Noor tentang wataknya.

“Bula diberikan contoh oleh Yusry dan Rosyam mengenai bagaimana hendak membawa karakter itu secara tak langsung ia memudahkan saya.

“Yusry pula memang betul-betul pegang watak Saiful ini dengan teliti,” katanya lagi.

Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah dif1tnah kerana sering diek0ri oleh pengend4p misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap mi1steri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap mi1steri tersebut? Saksikannya dalam drama Pelindung Seorang Puteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Eid Adha Mubarak from us 🤍

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ya Sebagai Isteri Mesti Taat Pada Suami Tapi…”- Lisa Surihani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*