“Kalau Kita Menidakkan Hak Anak, Kita Berd0sa,” – Nabila Dan Sharnaaz

Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mempunyai perc4nggahan dalam hal penjagaan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.Ketika diminta untuk memberikan pesanan kepada pasangan yang tidak mempunyai persefahaman dan merebut hak penjagaan anak, Nabila berpendapat anak perlukan hak sebaiknya dari segi kasih sayang ibu dan bapa.

“Bila sudah berp1sah, anak menjadi keutamaan. Semuanya berkenaan dengan anak, bukan sebab diri sendiri.

“Anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan. Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan hak dia sebagai seorang anak.

“Hak anak kena ada kasih sayang daripada ibu dan bapa. Jadi, kedua-duanya harus bekerjasama biarpun tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan.

“Kalau kita menidakkan hak anak, kita berd0sa,” katanya jujur.

Tambah Nabila yang kini selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, dia juga banyak belajar dari episod percer4ian yang dilalui sebelum ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baby boy dah nak masuk 2 tahun dah… boleh panggil baby lagi keee 😁🥰❤️

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

“Apa yang saya belajar ialah perkahwinan memerlukan dua orang yang mahu ikatan itu kekal.

“Usaha itu datang daripada dua belah pihak, suami dan isteri. Jika satu pihak sahaja, ia tidak okay,” katanya lagi.

Nabila dan Sharnaaz bercer4i pada 9 Julai lalu secara hakam di m4hkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kalau Kita Menidakkan Hak Anak, Kita Berd0sa,” – Nabila Dan Sharnaaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*