Hari ini nampaknya semakin ramai yang mula boleh berkongsikan kreativiti dan bakat masing-masing dengan adanya pelbagai platform percuma tersedia. Dari saluran Youtube, media sosial sehinggalah pelbagai platform aplikasi lain membolehkan mereka berkongsikan pelbagai video menarik yang dihasilkan.
Lihat sahaja kejayaan Youtuber di Malaysia yang lengkap dengan pakej kreativiti masing-masing seperti Sofyank, Syahmi Sazli dan ramai lagi. Bakat mereka sememangnya diakui oleh ramai rakyat Malaysia.
Tidak kurang juga ramai Youtuber yang hadir dengan bahan seperti food review yang mana mereka ke restoran atau gerai untuk membuat ulasan makanan yang ada. Dari situ para penonton yang melihatnya boleh terasa teringin untuk mencubanya dan jika menjadi boleh membuatkan tempat makan itu tular!
Sama seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki ini yang memilih untuk membuat food review sebagai bahan di saluran Youtube. Video food review lelaki ini tidak membuatkan orang lain terliur malah turut terhibur dengan pendekatan yang digunakannya.
Berikut adalah sedikit petikan dari video food review lelaki ini yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:
Sudu pun tak kena mulut wkwhshdjshshs 🤣 pic.twitter.com/oFxmOVkPkD
— Azim Nazhan 🇲🇾 (@hansvii_) August 18, 2020
Video pendek ini telah meraih lebih 72 ribu tontonan dan tiga ribu retweets serta 3.2 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Bila tengok dia teringat si Asif hahahah”
“Bersangka baiklah kita bahawa beliau mempunyai kuasa telepati yang kuat”
Ini pula ada video penuh lelaki ini dari saluran Youtube:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Gara2 Video Food Review Lelaki Ini, Ramai Netizen Gelak Tak Henti2.. –"