PENAMPILAN terkini ahli kumpulan Ruffedge iaitu Cat Farish yang kelihatan semakin kurus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Segelintir peminat beranggapan perubahan mendadak itu menyebabkan Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan Ramli, 46, kelihatan seperti orang sak1it.
Bagaimanapun Cat memberitahu dia tidak pernah berkecil hati dengan tanggapan orang dan menegaskan kesihatannya semakin baik berbanding sebelum ini.
“Apabila kurus orang cakap sak1it, apabila gemuk orang cakap juga. Kadang-kadang ada yang cakap nampak tua… itu dan ini. Suka hati mereka la nak cakap apa sebab yang penting saya buat semua ni untuk sihat dan fit supaya boleh jaga keluarga.
Penampilan terkini Cat Farish.
“Tak pernah pun rasa kecil hati atau apa-apa sebab mereka tak tahu. Tapi kadang-kadang saya pun suka perli balik. Mereka tak tahu pun semua ni hasil daripada usaha saya.
“Ada orang sedap cakap sebab mereka ingat semua benda mudah. Jadi perlu ke ambil hati?” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Cat berkongsi foto yang memperlihatkan perubahan fizikalnya yang semakin kurus di Instagram dan mengakui terdapat netizen yang beranggapan dia sedang sak1it.
Namun jelas penyanyi lagu Rimas ini, dia menjalani pembed4han bariatrik iaitu Sleeve Gastrectomy yang melibatkan pembuangan 70 hingga 80 peratus perut pada November 2019.
Saya ada masalah saluran pernafasan sempit sampai tak boleh nak sedut oksigen.
CAT FARISH
PENYANYI
Hasil daripada itu Cat mendedahkan berat badannya kini 75 kilogram berbanding 130 kilogram pada tahun lalu.
“Saya ada lakukan pemeriksaan kesihatan tahun lepas. Doktor cakap keadaan saya sangat tervk.
“Saya ada macam-macam masalah kesihatan termasuk di4betes, mudah tidur serta semput. Saluran pernafasan jadi sempit sampai tak boleh nak sedut oksigen. Masalah pernafasan tu buat saya banyak makan.
“Disebabkan masalah yang saya alami, doktor nasihatkan supaya menjalani pembed4han bariatrik,” jelasnya.
Cat (dua dari kanan) bersama ahli kumpulan Ruffedge.
Tambahnya, dia juga mengamalkan diet karbohidrat selama lapan bulan selepas selesai menjalani pembed4han tersebut.
Selain itu Cat berkata dia tidak mengamalkan pengambilan gula dalam pemakanan sehariannya.
“Lepas selesai pembed4han, saya mengamalkan diet karbohidrat selama lapan bulan sehingga sekarang.
“Saya hanya makan ikan, ayam dan sayur… daging pun kadang-kadang saja saya ambil. Saya juga tak mengambil gula dalam pemakanan saya,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "“Macam Sakiit..” Penampilan Terkini Cat Farish Buat Ramai Tak Percaya"